Menjadi ibu bapa bukanlah satu tanggungjawab yang mudah terutamanya apabila anak-anak mula memasuki fasa ‘nakal’. Membuat sepah, menangis apabila tidak mendapat sesuatu, bergaduh sesama adik-beradik itu semua adalah perkara biasa yang berlaku dalam suasana rumah.

Kadangkala, tekanan yang melampau di tempat kerja dan di rumah membuatkan kita tidak dapat mengawal diri daripada melempiaskan amarah terhadap anak-anak.

Tetapi berbeza dengan ibu ini yang sedaya upaya cuba untuk menenangkan dirinya apabila mendapati cermin di rumah pecah disebabkan oleh anak lelakinya. Daripada berubah menjadi versi seseorang yang ‘menakutkan’, ibu ini menunjukkan sikap penyayang dan baik hati…

Love What Matters/Facebook

Menurut ibu yang dikenali sebagai Kathleen Fleming ini, tidak dinafikan dia berasa amat geram serta kecewa apabila mendapati cermin besar di rumahnya pecah menjadi serpihan kecil disebabkan oleh amukan anaknya itu.

Jelas Kathleen, anaknya telah bertindak memasuki bilik air dan menghempas pintu dengan begitu kuat sebagai respon marah. Tindakan itu telah menyebabkan cermin yang diletakkan di dinding terjatuh lalu berderai menjadi ribuan serpihan kaca.

 

rainbowkids.org.tw

“Saya menarik nafas panjang apabila anak saya menghempas pintu bilik air dengan perasaan yang marah, kecewa dan geram itu.”

Tertekan dengan situasi itu, Kathleen bagaimanapun telah bertindak menenangkan dirinya dengan pergi ke luar untuk mengambil angin dan melihat semula keseluruhan situasi berkenaan.

“Saya berjalan ke belakang rumah dan merasakan air mata yang hangat mengalir di muka. Pada saat ini, saya merasakan kesunyian kerana menjadi ibu tunggal. Saya merasa sangat takut dan kecewa serta tidak mempercayai apa yang telah berlaku.”

Ketika Kathleen cuba untuk bertenang, dia telah mendengar tangisan kecil daripada anaknya yang masih berada di dalam bilik air. Pada saat itulah dia menyedari bahawa kemusnahan cermin itu menggambarkan pelbagai emosi yang wujud dalam dirinya dan juga si anak.

Takut, malu, bimbang…

“Tarik nafas yang dalam. Si kecil itu perlukan awak sekarang ini. Dia perlukan yang terbaik dari awak. Kasih sayang terbesar. Cinta seorang ibu yang utuh dan meyakinkan. Tarik nafas dalam-dalam lagi. Awak boleh, mama,” kata Kathleen memujuk hatinya…

Dengan langkah yang berani, Kathleen membawa dirinya melangkahi serpihan kaca yang masih bertebaran di atas lantai sebelum menuju ke tempat anaknya menyembunyikan diri. Kathleen membuka pintu perlahan-lahan dan pada ketika itulah anaknya yang sedang teresak-esak berkata:

“Mama, saya tidak akan buat lagi. Saya minta maaf.”

More 4 Kids

Melihat tangisan si anak, Kathleen kemudian mendukung anaknya lalu menangis bersama-sama. Dia sedar apa yang mereka berdua perlukan adalah kasih sayang dan cinta.

Mereka mula bertenang dan Kathleen mengambil kesempatan itu untuk menjelaskan kepada anaknya tentang perasaan marah dan bagaimana untuk mengawal emosi. Selepas berbaik-baik, kedua-dua bingkas bangun untuk membersihkan lantai rumah mereka.

“Kadangkala barangan akan pecah. Kadangkala kita yang memecahkannya. Tetapi itu bukan isunya. Apa yang penting adalah bagaimana kita memilih untuk memberi maklum balas terhadap situasi itu. Adakah ia membunuh kita? Adakah ia membuatkan kita rasa bersalah?”

Amicus Lawyers

“Atau adakah ia membantu mengingatkan kita bagaimana untuk mencintai sedalam-dalamnya? Adakah ia mendorong kita untuk mengatasi segala cabaran tentang perkara yang betul dan perkara yang salah kepada KASIH SAYANG?”

Perkongsian ini menerima banyak sokongan dan pujian daripada netizen tentang bagaimana Kathleen menangani situasi tersebut sebaik mungkin. Semoga ia menjadi panduan kepada anda untuk terus menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab kepada anak-anak.

Sumber: Love What Matters/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular