KUALA LUMPUR: Gaji memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian, semakin tinggi pendapatan seseorang semakin besar belanja seseorang itu.

Namun berlaku juga pendapatan yang diterima tidak selari dengan jawatan walaupun syarikat semakin maju dan berlaku jurang pendapatan antara pekerja biasa dengan ketua.

Keadaan tersebut menyebabkan Perdana Menteri memberi teguran kepada majikan supaya sentiasa menjaga kebajikan pekerja selain meningkatkan pendapatan jika pekerja mampu memberi keuntungan kepada syarikat mereka.

Gambar Hiasan/FMT

“Ambil perhatian jika anda tahu syarikat anda maju! Pembangunan negara bukan diukur dengan bukan Keluaran Dalam Negara Kasar atau pasaran saham semata-mata tetapi juga taraf hidup,” ujarnya dalam ucaptama Invest Malaysia 2019, di Shangri-La, semalam.

Memetik The Star, Dr. Mahathir berkata, taraf hidup yang lebih tinggi dalam kalangan rakyat di negara ini perlu ditambah baik, sambil menambah perbezaan pendapatan antara kumpulan dalam tenaga kerja semakin meluas sejak akhir-akhir ini.

“Saya berharap kepada semua pemilik syarikat supaya membayar kakitangan anda dengan pendapatan yang lebih banyak jika syarikat anda semakin maju.

Gambar Hiasan/The Malaysian Times

“Kita dapat perhatikan gaji Ketua Pegawai Eksekutif meningkat beberapa kali tetapi upah pekerja biasa masih di tahap lama, ini tidak tepat,” ujarnya sambil menyuarakan kebimbangan  berlaku jurang pendapatan di negara ini.

Tegas Perdana Menteri, perkara ini jika dibiarkan dikhuatiri mencetuskan konfrantasi antara dua kumpulan pekerja berkenaan.

“Kita tidak boleh hanya memiliki sebuah kumpulan yang berjaya sahaja atau memonopoli kesemuanya  manakala kumpulan lain berada dalam keadan tertindas,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan  semua pihak supaya memainkan peranan dan menolak rasuah .

“Anda perlu memainkan peranan dan sekurang-kurangnya anda tidak membeli saham atau membuat transaksi dengan pengarah atau pemilik syarikat yang terlibat dalam amalan rasuah,” ujarnya.

Dalam majlis sama, Dr. Mahathir berkata, golongan belia juga harus memahami untuk mendapatkan gaji yang tinggi memerlukan kerja keras dan usaha berterusan.

“Jika mereka seorang yang produktif, majikan pastinya akan membayar pendapatan yang tinggi melalui pencapaian pendidikan dan juga latihan,” ujarnya.

Sumber: The Star

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular