KUALA LUMPUR : Semua murid di sekolah rendah akan menikmati sarapan secara percuma mulai tahun depan.

Menerusi program sarapan berkhasiat itu akan memberi manfaat kepada semua murid sekolah rendah di seluruh negara untuk memulakan  hari mereka dengan lebih ceria.

Memetik Berita Harian, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, langkah itu bagi membolehkan kanak-kanak sihat dan bertenaga untuk memulakan sesi persekolahan.

“Kita mahu anak-anak kita kuat dan sihat untuk mencapai prestasi baik di sekolah,” katanya dalam ucaptama pada Invest Malaysia 2019, semalam.

Pengambilan sarapan pagi membolehkan kanak-kanak sihat dan bertenaga untuk memulakan sesi persekolahan. – Facebook.

Pengambilan sarapan adalah penting bagi membekalkan tenaga sepanjang hari untuk tampil cergas dan produktif.

Jelas Perdana Menteri, peruntukan untuk program sarapan berkhasiat itu dijana menerusi hasil cukai gula yang akan dikuatkuasa mulai 1 Julai ini.

Kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2019 buat kali pertama mencadangkan pelaksanaan cukai eksais 40 sen seliter pada minuman manis yang mengandungi lima gram gula atau pemanis berasaskan gula bagi 100 mililiter (ml), termasuk buah-buahan dan jus sayuran dengan kandungan gula lebih 12 gram bagi 100ml mulai 1 April 2019.

Bagaimanapun, ditangguhkan ke 1 Julai bagi bagi memberi masa cukup kepada pihak industri membuat persediaan.

Pengambilan sarapan adalah penting bagi membekalkan tenaga sepanjang hari untuk tampil cergas dan produktif . -Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sementara itu, kajian oleh pakar pemakanan Britain mendapati tabiat tidak mengambil sarapan pagi secara sihat dalam kalangan kanak-kanak boleh mengundang risiko menghidap penyakit diabetes apabila usia mereka meningkat dewasa.

Memetik kajian pakar pemakanan tiga pusat pengajian, Universiti Oxford, Cambridge, Glasgow dan St George menunjukkan, risiko tersebut boleh berlaku disebabkan tahap insulin dalam badan kanak-kanak, sekali gus menjadi faktor utama penyakit tersebut.

Penyakit diabetes boleh berlaku apabila badan individu tidak bertindak balas ke atas kandungan gula dalam badan atau kurang menghasilkan hormon itu.

Selain itu, kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan secara sihat lebih cenderung untuk makan makanan yang mengundang kegemukan pada waktu tengah hari atau malam selepas kajian sebelum ini mendapati hampir 3 juta penduduk Britain menghidap penyakit diabetes yang dikaitkan dengan corak pemakanan dan gaya hidup.

Sumber: Berita Harian, Utusan Malaysia

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular