SUBANG: Juruteknik sebuah pesawat persendirian yang terlibat dalam kemalangan di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang dilaporkan meninggal dunia, petang semalam.

Ruzaimi Ahmad Razali yang berada dibawah pemerhatian rapi selama dua hari   menghembuskan nafas terakhir kira-kira 6.45 petang semalam.

Pemandu kenderaan kejuruteraan lapangan terbang itu meninggalkan seorang isteri, Nor Azawiah Md Usuf dan 4 anak, dari 1 hingga 13 tahun.

Selepas dua hari berada di bawah pemerhatian rapi, Ruzaimi Ahmad razali meninggal dunia, petang semalam. -Kosmo

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Raja Azmi Raja Nazuddin dalam satu kenyataan menyifatkan Ruzaimi sebagai seorang kakitangan yang berdedikasi dan sangat komited terhadap pekerjaannya.

“Beliau terserlah dalam kalangan rakan sekerja dan pihak pengurusan sebagai seorang yang berbakat dengan etika kerja yang membanggakan. Pemergiannya merupakan kehilangan tragis buat Malaysia Airports,” katanya.

Raja Azmi berkata, syarikat itu sedang menyampaikan bantuan kepada pihak keluarga dan menolong urusan pengekebumian jenazah.

“Keutamaan kami untuk memastikan keselesaan dan kebajikan keluarga dapat dijaga,” katanya.

Menurut MAHB siasatan sedang berjalan dan sedang bekerjasama dengan Jabatan Penerbangan Awam bagi mengenal pasti puca kemalangan tersebut.

Ruzaimi ialah seorang pemandu kenderaan kejuruteraan di lapangan terbang.

Dalam insiden yang berlaku sekitar jam 3.20 pagi (18 Mac) itu, Ruzaimi dikatakan sedang menyelia dua lagi pekerja lain yang melakukan kerja-kerja mengecat garisan di landasan berkenaan.

Insiden itu menyebabkan ketibaan beberapa penerbangan terjejas kerana kerja pembersihan serpihan di landasan.

kenderaan yang dinaki Ruzaimi berada dalam keadaan yang teruk selepas dirempuh dalam kejadian di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, baru-baru ini.

Ketika kejadian, bapa kepada  empat cahaya matai itu dilaporkan berada di dalam kenderaan pacuan empat roda Perodua Kembara dan tidak menyedari kehadiran sebuah pesawat peribadi lain iaitu Bombadier Challenger 300 yang sedang melakukan pendaratan.

Kejadian ini telah menyebabkan kereta yang dinaiki Ruzaimi dirempuh oleh sayap kiri pesawat berkenaan remuk selain bumbungnya tercabut dan menyebabkan kecederaan parah pada kepala mangsa.

Sumber: Free Malaysia Today

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular