Adakah anda menyukai hidangan cendawan? Berita baik untuk anda. Menurut kajian terbaru, dengan memakan sekurang-kurangnya dua hidangan cendawan dalam seminggu, ia mampu mengurangkan kemerosotan fungsi otak ketika usia anda meningkat tua sehingga 50 peratus. Ini merupakan satu manfaat kesihatan yang besar bagi penggemar cendawan.

Dalan kajian yang diterbitkan oleh ‘Journal of Alzheimer’s Disease’, para penyelidik menyatakan individu yang memakan 300 gram atau lebih cendawan yang telah dimasak akan dapat mengurangkan risiko ‘gangguan kognitif ringan’, dan walaupun mereka memakan cendawan dalam jumlah pengambilan yang sedikit, ia masih memberi manfaat kesihatan.

Gambar Hiasan

Pakar perubatan menjelaskan ‘gangguan kognitif ringan’ atau MCI ialah ‘satu peringkat di antara kemerosotan fungsi kognitif otak yang telah dijangkakan ketika usia normal dan kemerosotan fungsi otak yang lebih serius iaitu menghadapi demensia’. Ini bermakna peringkat ini merujuk kepada mereka yang pernah mengalami kesukaran dalam mengekalkan memori, pertuturan bahasa dan pemikiran.

Pada peringkat ini, pengambilan hidangan cendawan akan membantu dan memainkan peranannya, oleh kerana cendawan mengandungi asid amino yang mampu memberi manfaat kepada mereka yang mengalami ‘gangguan kognitif ringan’. Pengambilan cendawan akan dapat meningkatkan serta mengembalikan keupayaan dalam fungsi otak mereka.

Gambar Hiasan/Health Fitness Health Club

Para penyelidik dari Universiti Kebangsaan Singapura telah menemu duga lebih 600 individu yang berusia 60 tahun dan ke atas selama 6 tahun dan hasil kajian mendapati peserta yang memakan lebih dua hidangan cendawan yang dimasak dalam seminggu telah dapat mengurangkan risiko untuk mendapat MCI.

Gambar Hiasan/FoodStory

Seorang penyelidik bernama Feng Lei menjelaskan, “Pertalian ini agak mengejutkan dan ia amat menggalakkan. Amat jelas satu sahaja bahan makanan yang biasa mampu memberi kesan yang dramatik ke atas kemerosotan kognitif.”

Sementara seorang pengamal perubatan, Dr Irwin Cheah berkata, “Kami amat tertarik kepada satu sebatian yang dipanggil ‘ergothioneine’ atau ET. ET merupakan satu unsur antioksidan dan anti-radang yang mana manusia tidak dapat menghasilkannya sendiri. Tetapi ia boleh diperolehi melalui pengambilan diet daripada sumber lain, dan sumber utama itu adalah cendawan.”

 

Gambar Hiasan/Home Kitchen Garden

Secara spesifik, cendawan yang dirujuk oleh para penyelidik dalam kajian ini ialah cendawan butang, tiram, shiitake, pelbagai jenis cendawan enokitake serta kategori emas, cendawan kering dan cendawan yang telah ditinkan.

Sumber : Elite Readers

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular