Seorang bayi lelaki yang comel bernama Michael membuktikan bahawa tabiat lamanya ketika di dalam rahim masih diteruskan sehingga kini.

Apabila ibunya Sarah Kelleher Steppling melakukan ujian imbasan ultrabunyi ketika dia 39 minggu mengandung Michael, dia terkejut melihat bayinya dalam keadaan santai dengan lengannya yang kecil di angkat ke atas bahagian kepala.

Pada masa itu, Sarah tidak menyedari tentang gaya tidur Michael yang luar biasa. Walau bagaimanapun, apabila dia melihat imej ultrabunyi sekali lagi selepas Michael dilahirkan, dia menyedari sesuatu.

Gaya Michael tidur sekarang sama seperti gayanya ketika berada di dalam rahim.

Sarah Kelleher Steppling|Facebook

“Saya tidak segera membuat hubung kait antara imej ultrabunyi tersebut apabila saya mula-mula melihat dia tidur dengan gaya yang sama. Saya mendapatinya terdapat hubung kait apabila melihat imej ultrabunyi yang digantung di peti sejuk ibu mertua saya ketika dia berumur beberapa minggu, “tulis Sarah pada LoveWhatMatters.

“Saya membuat perbandingan secara bersebelahan dan ternyata gayanya tidak berubah langsung. Saya memutuskan untuk kongsikannya ke Reddit kerana saya fikir ia adalah perkara yang menarik untuk orang lain lihat. ”

Sarah Kelleher Steppling|Facebook

Seperti mana-mana ibu baru, Sarah teruja untuk memiliki Michael dalam hidupnya dan mengatakan bahawa ia telah menjadi pengalaman yang mengubah hidup.

Sarah Kelleher Steppling|Facebook

“Ibu saya kata suami saya Ross dan saya tidak tahu betapa bertuahnya kami memilikinya,” katanya.

Sarah Kelleher Steppling|Facebook

“Saya tidak sabar-sabar untuk melihat dia membesar. Saya tidak sabar untuk mendengar dia bercakap. Suami saya bermain gitar untuknya sepanjang saya mengandung, dan saya sertai teater muzikal semasa trimester ke-2 saya, jadi kami ingin melihat adakah dia akan cenderung kepada muzik ketika dia semakin membesar. Dan, tentu saja, saya tidak sabar untuk menantikan dia memanggil saya ‘Mama’ untuk kali pertama!” tambahnya.

Sumber: The Epoch TimesSarah Kelleher Steppling|Facebook

 

 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular