Bagi anda yang pernah tergolong dalam golongan kanak-kanak bersifat ingin tahu yang suka membongkar dan membuka mainan untuk melihat isi di dalam ketika kecil, maka gambar yang telah dirakamkan ini mungkin untuk anda.

Di bawah adalah 15 gambar objek yang telah dibelah dua dan mendedahkan isi serta penghasilan strukturnya yang tersembunyi di dalam.

#1. Meteorit Fukang

SovreignTripod

Meteorit ini telah dijumpai di sebuah pergunungan di Fukang, China pada tahun 2000. Batu dari angkasa ini adalah sejenis batu meteorit dengan kristal olivin. Meteorit Fukang dianggarkan berusia kira-kira 4.5 bilion tahun, yang hampir sama dengan usia planet Bumi.

#2. Hujung ekor ular berbisa ‘Rattlesnake’.

sverdrupian

Ular ini banyak terdapat di Amerika Utara dan Amerika Selatan, yang amat berbisa dan pada bahagian akhir ekornya dipanggil ‘rattle’. Rattle terdiri dari unsur keratin dengan penghasilan yang sama seperti kuku manusia. Apabila ular ini menggetarkan ekornya, ia akan menghasilkan bunyi yang mengerikan.

#3. Mutiara.

Mutiara terkenal sebagai perhiasan wanita terbaik. Luarannya nampak sangat indah dan tidak kurang juga apabila dilihat pada bahagian dalamannya. Sama indah dan sama cantik.

#4. Pokok ‘Treewood’ berdarah (Pterocarpus anglolensis)

Pokok ini berasal dari Afrika Selatan. Kulit dan getah kayu ini berwarna merah terang. Maka apabila dipotong, ia akan mengeluarkan cecair seperti darah. Pokok Pterocarpus anglolensis amat bernilai di Afrika dalam pembuatan perabot dan perahu kerana kayunya yang berkualiti dengan tidak menyusut atau mengembang.

#5. Mesin tambah atau pengiraan.

crystalandrockyfinds

Mesin tambah ini digunakan oleh semua pejabat sehingga tahun 1970-an, selepas pengenalan kalkulator. Ia biasa digunakan bagi tujuan pengiraan seperti kalkulator yang telah digunakan secara meluas sehingga tahun 1990-an. Pada tahun 1990-an, penggunaan komputer telah mengambil alih tempat dalam urusan kerja-kerja di pejabat. Maka pada tahun 2000, penggunaan mesin tambah ini telah dihentikan dengan sepenuhnya.

#6. Rangka kura-kura.

fubbleskag

Spesies kura-kura merupakan satu-satunya reptilia yang mempunyai cengkerang keras dan tulang belakang. Cengkerang ini berfungsi sebagai pelindung daripada ancaman persekitaran. Sekiranya anda pernah bertanya mengapa kura-kura berjalan perlahan, cuba bayangkan diri anda sendiri yang berjalan dengan pelindung badan yang berat.

#7. Kapsul bunga popi.

RyanSmith

Biji-biji putih keratan rentas bunga popi ini mungkin kelihatan cantik bagi sesetengah orang. Bunga popi adalah satu tumbuhan herba yang boleh menyembuhkan beberapa penyakit tetapi hanya apabila diberikan dalam dos tertentu. Baru-baru ini beberapa ekor burung kakak tua dilaporkan telah terbang melalui sebuah ladang popi di India dalam keadaan mengamuk sehingga membuat 40 kali kunjungan sehari. Para petani percaya burung-burung ini mungkin telah ketagih candu dan datang ke ladang tersebut untuk mendapatkan ubat harian mereka.

#8.Simulasi yang berlaku apabila serpihan sampah kecil di angkasa lepas menghentam sebuah kapal angkasa.

Cropitekus

Gambar yang diambil ini adalah hasil ujian makmal menunjukkan hentaman aluminium dengan jarak kelajuan kira-kira 6.8 kilometer sesaat ke atas satu blok aluminium dengan ketebalan 18 sentimeter. Diameter impak kawah ini adalah 9 sentimeter, manakala kedalamannya adalah 5.3 sentimeter.

pitcher654

Batu ini dipanggil Tokangawha atau Split Apple Rock yang terletak di Tasman Bay di utara Pulau Selatan New Zealand. Batu besar ini terbelah secara semulajadi akibat proses luluhawa yang berlaku ketika hujan dan gelombang ombak. Mitos masyarakat Maori mengatakan batu ini telah dipatahkan oleh Tuhan mereka.

#10. Pohon paku pakis

Joe Lipson

Pohon paku pakis merupakan antara pohon tertua di dunia. Terdapat 10,560 spesies paku pakis yang terdapat di dunia. Tumbuhan ini membiak melalui spora dan boleh tumbuh membesar sehingga 25 meter tinggi. Semasa zaman Victoria, tumbuhan paku pakis telah dijadikan inspirasi dalam penghasilan tembikar, ukiran kayu, tekstil, kertas percetakan dan ukiran patung. Ia menjadi satu obsesi bagi peminatnya sehingga mereka digelar Fern-Fever atau Pteridomania.

#11. Rangka landak

Makhluk comel ini memiliki antara 5,000 hingga 7,000 rongga duri yang tajam. Otot yang terdapat di belakangnya dapat menaik dan menurun sebagai tindak balas kepada ancaman. Bahagian duri kebanyakannya berongga dengan terdapat satu ruang udara yang kompleks serta mempunyai kuasa pembawaan yang ringan tetapi kuat.

#12. Sarang tebuan

sverdrupian

Menjadi kebiasaan apabila kita memperkatakan tebuan itu bukanlah serangga yang peramah, tetapi tebuan tidak akan menjadi agresif melainkan jika dia diusik. Sarang tebuan atau penyegat terdapat di mana-mana bahagian di dunia kecuali di Antartika dan Artik. Tebuan sering membuat sarang pada pokok tertentu. Enzim yang terdapat pada badan mereka akan dikeluarkan dan membentuk sarang pada kulit kayu sedikit demi sedikit sehingga menghasilkan sarang indah yang menakjubkan.

#13. Bola boling.

Dalam bola boling ini, kita akan melihat satu struktur yang pelik dipanggil blok pemberat. Ia berfungsi sebagai pemberi momentum kepada bola apabila ia dilontar dan digulingkan dengan sempurna. Namun begitu, tidak semua pengeluar membina bola boling dalam bentuk dalaman yang sama kerana ada yang seperti mentol lampu atau berbentuk bujur, dan ada pula dengan kombinasi kedua-duanya.

#14. Pohon kaktus.

Scout6feetup

Terdapat 2,000 spesies kaktus di dunia dengan saiz, bentuk dan warna serta habitatnya yang berbeza. Ia tidak berdaun dan hanya mempunyai batang yang berduri. Batang berduri mempunyai dua fungsi iaitu bagi menyimpan air dan melindungi diri dari ancaman mahkluk lain. Satu fakta menarik mendedahkan terdapat sesetengah spesies kaktus yang mengeluarkan kimia dipanggil ‘mescaline’ yang boleh memberi kesan halusinasi.

#15.Pengimbas CT.

Chap82

Pengimbas CT membolehkan pengguna melihat objek yang diimbas tanpa perlu memotongnya. Pengimbas ini mengunakan kombinasi pemprosesan berkomputer dengan pengukuran sinar-X yang diambil dari sudut pandangan dimensi yang berbeza. Maka imej rentas keratan atau tomografi objek yang diimbas akan dihasilkan.

Sumber : Bored Panda

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular