KUALA LUMPUR: Menggunakan perkhidmatan e-panggilan, Grab amat memudahkan kerana tidak perlu berdepan kesesakan jalan raya selain menjimatkan masa. Namun ada juga yang mengambil kesempatan dengan membatalkan perkhidmatan ke atas pemandu Grab yang sudah tiba ke destinasi walaupun sudah ditempah.

Memetik The Star, penumpang yang membatalkan perkhidmatan selepas pemandu Grab tiba ke lokasi atau penumpang tidak munculkan diri dalam tempoh tertentu di lokasi akan dikenakan bayaran penalti mulai 25 Mac ini.

Grab Malaysia akan mengenakan bayaran panalti sebanyak RM3 hingga RM5 bagi penumpang yang membatalkan perkhidmatan selepas ditempah. – REUTERS

Penyedia perkhidmatan e-panggilan itu dalam satu kenyataan berkata, penumpang yang membatalkan perkhidmatan selepas lima minit pemandu tiba di lokasi menunggu akan dikenakan denda sebanyak RM 3 sehingga RM5 sebagai penalty.

Selain itu, Grab juga akan mengenakan denda sebanyak RM5 kepada pemandu yang membatalkan perjalanan selepas menunggu di lokasi lebih daripada lima minit.

Bayaran yuran pembatan itu akan dipotong terus daripada penumpang melalui bayaran GrabPay, kad debit atau kredit, manakala penumpang yang membuat bayaran secara tunai akan ditolak menerusi perkhidmatan seterusnya.

Bagaimanapun, Grab tetap memberi keyakinan kepada penumpang, penalty berkenaan tidak akan dilakukan jika pemandu Grab tidak tiba dalam tempoh 10 minit selepas anggaran masa awal.

Dalam masa sama, Grab juga mempunyai ‘cara’ tersendiri untuk mengesan sama ada pemandu menuju ke lokasi menunggu.

Malah penumpang turut dinasihatkan supaya menghubungi pemandu Grab menerusi GrabChat sekiranya mahu membatalkan perkhidmatan sekiranya menunggu terlalu lama.

Bayaran panelti akan dikuatkuasakan mulai 25 Mac ini dan turut dilaksanakan terhadap Grab Singapore. -The Edge Markets

Bayaran panalti berkenaan turut dilaksanakan kepada pemandu Grab di Singapore.

Sebelum ini, Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh menyasarkan untuk menjadi peneraju perkhidmatan mobiliti bersepadu di Asia Tenggara, menerusi satu aplikasi mudah alih.

Katanya, rancangan itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat yang akan dilakukan secara berperingkat

Malah, beliau mahu mengukuhkan mobiliti perkhidmatan yang lebih menyeluruh dengan menawarkan pakej penghantaran makanan yang dikenali sebagai GrabFood, bayaran tanpa tunai melalui GrabPay, perkhidmatan berkaitan kewangan, selain produk sedia ada lain.

Beliau berkata, dengan membina platform bagi kepentingan gaya hidup pengguna, Grab pada masa sama mendapat manfaat dari seluruh ekosistem yang menghubungkan pelanggan, pemandu, peniaga dan pihak penghantaran.

Sumber: The Star, Berita Harian

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular