Mereka mungkin bakal mengganti kumpulan pop Britain yang popular, One Direction pada satu hari nanti sekiranya bakat lima orang penyanyi kanak-kanak yang comel ini terus di asah dan tidak disia-siakan.

Pada tahun 2018, sekumpulan lima orang budak lelaki dari England utara telah menyertai pertandingan bakat ‘Britain’s Got Talent’ musim ke-12 dan telah berjaya mengagumkan para juri dan penonton dengan bakat nyanyian mereka.

Facebook

Kumpulan Bring It North yang terdiri daripada lima sekawan, Harry Steel, Max Ferguson, Toby McTurk, Oscar Williams dan Felix Yates, telah berjaya melayakkan diri sehingga ke peringkat separuh akhir ‘Britain’s Got Talent’ sebelum tersingkir.

Facebook

Namun begitu, bakat nyanyian mereka mempunyai potensi untuk berkembang sebagai satu kumpulan yang mampu untuk menjadi popular pada masa hadapan. Kumpulan berbakat ini telah berjaya menarik perhatian ratusan ribu netizen di media sosial menerusi nyanyian mereka dengan penampilan suara setiap ahli yang unik dan harmoni.

 

Bring It North Official/YouTube

Semasa menjalani latihan untuk peringkat separuh akhir ‘Britain Got Talent’, kesemua ahli kumpulan yang berusia 10, 11 dan 12 tahun ini telah menyampaikan lagu ‘A Million Dreams’ dari filem muzikal ‘The Greatest Showman’.

Suara kanak-kanak mereka yang harmoni dan indah telah menarik perhatian netizen apabila kumpulan ini memuat naik video latihan persembahan mereka di laman YouTube.

 

Bring It North Official/YouTube

Ramai yang memberi komen, bakat nyanyian setiap ahli dalam kumpulan Bring It North perlu diasah dan tidak disia-siakan kerana kumpulan berbakat ini mempunyai potensi sebagai satu kumpulan yang mempunyai masa depan yang cerah dalam industri hiburan.

Lihat video latihan persembahan kumpulan Bring It North di bawah.

Bring It North Official/YouTube

Sumber : Inspiremore

Maybe you're interested :

Share

Video Popular