Senaman yang menular pada ketika ini dikenali sebagai One Punch Man sehingga ada yang menjadikan senaman ini sebagai satu cabaran. Tidak kiralah sama ada mereka merupakan peminat anime berkenaan atau tidak, ramai yang teruja untuk mencuba cabaran ini dan melihat kesannya.

Roam Strong

Inilah yang dilakukan oleh seorang warga Singapura dan perubahannya fizikalnya selepas 30 hari membuatkan kita semua amat mengagumi kesungguhan lelaki berkenaan…

Sean Seah yang berusia 38 tahun mula mengambil keputusan untuk mendapatkan kembali bentuk badan yang ideal. Selepas berbulan-bulan tidak mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam, Sean akhirnya memutuskan untuk mencuba rutin One Punch Man ini.

Malahan, Sean turut merakamkan segala aktiviti dan perubahan bentuk badannya untuk melihat keberkesanan rutin tersebut.

Facebook

Sebelum memulakan cabaran One Punch Man, bentuk badan Sean tidaklah berada dalam keadaan yang memuaskan. Dengan berat mencecah 70kg dan tahap lemak visceral yang tinggi sehingga menyebabkan perutnya memboyot, Sean nekad untuk meneruskan cabaran ini.

Bagi yang tidak tahu, rutin One Punch Man merupakan satu senaman yang mencabar dan intensif. Anda perlu menyelesaikan 100 kali tekan tubi, 100 kali bangkit tubi (sit up), 100 kali duduk mencangkung (squat) dan 10km larian.

Semua ini perlu dilakukan setiap hari selama seminggu untuk mengubah bentuk badan anda menjadi lebih baik.

Facebook

Bagaimanapun, Sean telah mengurangkannya kepada tahap yang lebih mudah dengan melakukan 50 kali tekan tubi, 50 kali bangkit tubi, 50 kali squat dan 5km larian. Akan tetapi, ianya tetap sukar dilakukan setiap hari namun semangat dan kesungguhan Sean sewajarnya mendapat pujian!

Dalam masa seminggu, berat badan Sean telah berkurang sebanyak 2.8kg! Sungguh menakjubkan!

Pada hari ke-17, Sean memutuskan untuk meningkatkan tahap kesukaran senaman ini dengan melakukan 70 kali tekan tubi, 70 kali bangkit tubi, 70 kali squat dan 7km larian setiap hari selama lima hari.

Pada hari ke-22, dia meningkatkan lagi tahap kesukaran ke Tahap 9 iaitu 90 kali tekan tubi, 90 kali bangkit tubi, 90 kali squat dan 9km larian. Pada hari ke-23 dan seterusnya, Sean meningkatkan cabaran One Punch Man ini ke Tahap 10!

Setelah tamat tempoh sebulan melakukan cabaran berkenaan, Sean akhirnya melakukan perbandingan sebelum dan selepas dan haslnya benar-benar mengejutkan kita semua!

Facebook

Transformasi yang dilihat pada fizikal Sean dalam masa sebulan sungguh mengagumkan! Sean telah kehilangan sebanyak 5kg dan paras lemak visceral tersebut juga telah menurun kepada 8.5 berbanding 10 pada sebelum ini.

“Jadi, apa yang berlaku selepas 30 hari? Saya memutuskan untuk tidak lagi berlari setiap hari. Saya hanya akan melakukannya tiga ke empat kali seminggu dan memasukkan rutin gim.”

Bukan sahaja itu, Sean turut berjanji akan terus memuat naik video perubahannya bagi tempoh 30, 60 dan 90 hari selepas senaman One Punch Man itu…

Sean Seah/Facebook

Sungguh memberi inspirasi!

Sumber: World of Buzz, Sean Seah/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular