SHAH ALAM: Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat di beberapa Kawasan iaitu Rompin, Pahang dan Banting.

Mengikut laman sesawang Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMs) sehingga pukul 10 pagi sebanyak 66 stesyen mencatatkan bacaan sederhana antara 51 hingga 100 dan dua stesyen lagi mencatatkan bacaan baik iaitu di Tawau dan Sandakan.

Setakat jam 10 pagi tadi kawasan Rompin merekodkan bacaan 181 manakala Banting pada bacaan 102.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

IPU yang diterbitkan oleh Jabatan Alam Sekitar melalui laman sesawang APIMS akan mengambil kira kepekatan partikel halus (Particle Matter) yang bersaiz 2.5 mikron dan ke bawah (PM2.5).

aqicn.org

Penggunaan PM2.5 dalam pengiraan Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah sejajar dengan kebanyakan negara maju dan ini akan mempertingkatkan lagi usaha Kerajaan Malaysia menjurus ke arah kelestarian Alam Sekitar.

Orang ramai boleh merujuk portal http:/apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Sementara itu, kebakaran hutan dan belukar berhampiran ladang nanas di kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Pulau Serai di Pekan antara punca yang mengakibatkan keadaan jerebu di beberapa kawasan kampung sekitar.

Ketua Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Peramu Ismail Abdul Latif berkata, pihaknya menerima laporan kebakaran api hutan di Kampung Permatang Nangka, Pulau Serai sebelum operasi memadam kebakaran dijalankan.

“Keadaan yang semakin serius menyebabkan Pos Kawalan Bomba dibuka dan seramai 45 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Peramu dikerahkan ke lokasi untuk memadam kebakaran.

Ismail yang juga Komandan Operasi tersebut berkata, bomba terpaksa melakukan operasi pemadaman lebih agresif dengan penugasan syif selama 24 jam berbanding 12 jam semasa peringkat awal operasi ini dilakukan.

Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan melakukan aktivit di luar rumah sepanjang musim jerebu.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika melakukan pembakaran terbuka pada musim panas dan berangin ini serta peka dengan keadaan sekeliling kerana kecuaian boleh menyumbang kepada kebakaran yang lebih besar.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan menerusi portal rasmi menjelaskan Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung.

Malah pesakit jantung dan respiratori juga turut sensitif kepada habuk, orang yang merokok termasuk  mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.

Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.

Selain itu, orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air danmenggunakan penutup   hidung dan mulut ketika  melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.

Sumber:  Astro Awani, Air Pollutant Index of Malaysia

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular