Masyarakat Jepun sememangnya dikenali sebagai manusia yang berdisiplin dan pembersih. Budaya yang disemai sejak kecil ini telah mekar dalam diri setiap warga Jepun sehinggakan mereka dilihat akan membersihkan sampah walau di mana jua mereka berada.

Sebagai contoh pada tahun lalu, seluruh dunia terpegun melihat bagaimana pemain bola sepak pasukan Jepun telah bertindak membersihkan bilik rehat mereka setelah kalah menentang pasukan Belgium dalam Piala Dunia!

Terdapat banyak lagi contoh-contoh lain menunjukkan bagaimana warga Jepun harus dijadikan contoh kepada kita semua untuk sentiasa mengutamakan kebersihan bagi memulihara bumi kita yang semakin tua…

Twitter

Terbaru di Cameron Highlands, tular satu video memaparkan seorang lelaki tua dari Jepun yang dilihat sedang giat membersihkan sepanjang jalan dari Tanah Rata sehingga ke balai polis Brinchang.

Apa yang membuatkan tindakan lelaki ini lebih mengagumkan adalah, dia melakukan rutin pembersihan itu setiap hari bermula jam 6.30 pagi! Rajinnya…

Penularan video berdurasi 44 saat itu membuatkan rata-rata netizen memuji sikap lelaki tua berkenaan dan menyarankan agar rakyat Malaysia turut mencontohi nilai murni yang diamalkan oleh lelaki itu.

 

Twitter

“Apabila seorang lelaki dari negara mentaliti kelas pertama datang ke negara mentaliti kelas ketiga, kita perlu dan harus belajar daripada mereka!”

 

Twitter

Terima kasih kepada lelaki Jepun ini di atas usahanya untuk memastikan jalan raya di sekitar Cameron Highlands sentiasa bersih.

Sumber: World of Buzz, Cen Polo/Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular