Apabila seorang bapa dari Omaha, Nebraska membeli satu tiket penerbangan pada bulan Januari, usia anak perempuannya baru 1 tahun, dan dia dikira sebagai seorang bayi.

Akan tetapi, apabila tiba masa mereka menggunakan tiket itu ke satu destinasi, usia bayi ini sudah mencecah 2 tahun dan dia sudah dikira kanak-kanak. Apabila bapa anak ini tiba di kaunter tiket untuk memeriksa penerbangannya, petugas di kaunter memberitahu bahawa tiket penerbangan sendiri bagi si kecil ini perlu dibeli oleh bapanya bagi membolehkan mereka menaiki pesawat tersebut.

Seorang wanita tidak dikenali yang menyaksikan insiden itu berasa simpati dan dia telah bertindak segera dalam memastikan kedua beranak ini tidak terkandas dan boleh terus menaiki penerbangan tersebut.

Kevin Leslie / Facebook

Menurut undang-undang penerbangan di Amerika Syarikat, ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak di bawah usia 2 tahun, tidak perlu membayar tiket penerbangan. Bayi dibolehkan untuk duduk di ribaan ibu bapa, dan ini memudahkan pembelian tiket penerbangan bagi anak kecil yang mengikuti perjalanan ibu bapa.

Akan tetapi, setelah usia kanak-kanak mencecah 2 tahun, mereka perlu dibelikan tiket penerbangan sendiri .

Tiket penerbangan yang berasingan pasti berharga mahal, tambahan pula masa penerbangan pula sudah semakin hampir. Bapa ini kemudian menjadi panik dan cuba memikirkan di mana untuk mendapatkan wang berjumlah RM3,000 (USD749) untuk membeli tiket penerbangan anak perempuannya pada ketika itu supaya mereka tidak ketinggalan penerbangan.

Ryaninc/Flickr / Gambar Hiasan

Kemudian seorang wanita tidak dikenali mendekatinya, dan mereka telah berbincang secara senyap. Bapa ini berubah wajah kepada sayu apabila wanita tersebut menghampiri kaunter tiket.

Salah seorang penumpang, Kevin Leslie telah terdengar perbincangan itu dan menulisnya di Facebook :

Wanita ini mendekati bapa ini dan berkata kepadanya, “Saya mahu membelikan tiketnya.”

Petugas kaunter itu bertanya, “Kamu tahu berapa harga tiketnya, bukan?”

Wanita ini menjawab, “$700 macam itu?”

Petugas ini berkata, “$749 (RM3,000).” Dan wanita ini berkata, “Baiklah, saya bayarkan,” sambil mengeluarkan kad kreditnya.

Shutterstock / Gambar Hiasan

Post ini kemudian menjadi tular tanpa disedari oleh wanita berhati mulia ini. Semua orang tidak mengenalinya sehingga pada satu hari salah seorang pekerjanya telah membaca post yang tular di Facebook ini. Dia telah membuat keputusan untuk mendedahkan identiti wanita ini.

Wanita berhati mulia ini bernama Debbie Bolton yang merupakan salah seorang pengasas dan ketua pegawai jualan antarabangsa bagi syarikat Norwex, perusahaan yang mengeluarkan produk kain mikrofiber yang boleh diguna semula.

Debbie Bolton/ Facebook

Para pekerja syarikat tersebut telah memuji tindakan majikan mereka yang sentiasa berhati mulia serta sering berusaha sehabis baik ketika membantu orang lain yang benar-benar memerlukan.

Salah seorang pekerja berkata, “Kami memerlukan lebih ramai Debbie Bolton di dunia ini.”

Sumber : The Epoch Times

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular