Seorang ibu tunggal kepada sepasang anak lelaki dan perempuan telah mengambil keputusan untuk memelihara seekor kucing terbiar yang akan dilupuskan di pusat perlindungan haiwan. Selain berasa simpati, wanita ini membuat keputusan dengan niat untuk memelihara kucing tersebut buat sementara waktu, tetapi selepas satu insiden pada satu malam, dia terus mengubah fikiran dan memelihara kucing tersebut selama-lamanya.

Janine DeMartini dari Staten Island, New York yang bekerja di rumah perlindungan haiwan berasa tidak sampai hati melihat seekor kucing comel dan peramah bernama Herbie yang akan dilupuskan. Dengan perasaan belas kasihan, Janine telah mengambil Herbie untuk tinggal bersama keluarganya bersama niat pada suatu hari Herbie akan ditemukan dengan pemilik baru yang akan dapat menjaganya dengan lebih baik.

Silive.com

Pada malam itu, Janine yang keletihan baru masuk tidur selepas mengharungi hari yang memenatkan di tempat kerja, menguruskan anak-anak dan menyiapkan kertas kerja bagi pengajiannya. Tiba-tiba, pintu bilik tidurnya telah ditolak oleh Herbie dan kucing belang ini mendekati Janine yang sedang mengantuk.

Herbie cuba menarik Janine sambil mengiau dengan kuat seperti berkata kepadanya, “Mari ikut saya, cepat!”

Janine berkata, “Pada waktu itu saya berasa sangat letih. Saya mahu berehat dan tiada masa untuk melayan kerenah kucing ini. Tetapi kelakuannya itu agak pelik seperti ada sesuatu yang tidak kena. Dia tidak pernah berkelakuan seperti itu.”

Silive.com

Mujurlah Janine tidak melayan matanya yang sedang mengantuk lalu membuat keputusan untuk bangkit dan melihat apa yang diinginkan oleh Herbie. Janine mengekori Herbie yang berlari ke arah bilik anak perempuannya, Isabella yang masih bayi. Herbie menunggu di hadapan pintu seolah meminta Janine untuk membuka pintu dengan segera.

Sebaik sahaja Janine membuka pintu, Herbie telah melompat naik ke atas katil bayi Isabella. Janine menjadi terkejut melihat kelakuan aneh Herbie dan terus mendapatkan Isabella.

Alangkah terkejutnya Janine apabila melihat wajah Isabella yang telah dibaluti oleh selimut dan bayi ini sedang meronta-ronta kerana tidak boleh bernafas. Pada masa itu, Herbie yang cemas sudah pun mencakar-cakar selimut Isabella dengan kakinya untuk menyelamatkan bayi ini.

Silive.com

Dengan segera Janine mencapai Isabella dan meleraikan lilitan selimut tersebut. Isabella kemudian menangis dengan kuat dan Janine yang cemas memeluk bayinya dengan erat. Janine tidak dapat membayangkan jika tidak kerana naluri Herbie yang begitu peka, bayinya ini mungkin sudah tiada.

Janine memberitahu Animal Planet, “Herbie adalah wira yang telah menyelamatkan anak perempuan saya. Dia seekor kucing yang diturunkan dari syurga untuk kami sekeluarga.”

Animal Planet / YouTube

Herbie kini menjadi sebahagian daripada keluarga Janine DeMartini dengan menjadi ahli tetap yang setia menjaga keluarga ini. Janine tidak menyangka dia kini begitu terhutang budi dengan seekor kucing yang telah menyelamatkan nyawa anak perempuannya. Mungkin kerana Herbie juga telah terhutang budi dengan Janine yang telah menyelamatkannya daripada dilupuskan di rumah perlindungan haiwan.

Lihat video di bawah.

Animal Planet/ YouTube

Sumber : I Heart Cats , The Epoch Times

Maybe you're interested :

Share

Video Popular