Kita semua pernah menemui penjawat awam yang ‘menyusahkan’ bukan sahaja dari segi perkhidmatan mereka yang lambat tetapi juga cara mereka melayan pelanggan dengan tidak ikhlas.

Namun harus diingatkan bahawa bukan semua penjawat awam mempunyai tingkah laku yang sedemikian. Terdapat juga penjawat awam yang berusaha sehabis baik demi membekalkan perkhidmatan mesra pelanggan kepada orang awam.

JPN

Buktinya boleh dilihat pada seorang pekerja wanita di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terletak di Putrajaya.

Baru-baru ini, seorang netizen telah mengongsikan luahan hatinya di Facebook tentang peribadi seorang penjawat am bernama Shemlah Grace yang menyenangkan hati.

“Beberapa hari lalu, saya dan suami telah pergi ke JPN di Putrajaya untuk menukar kad pengenalan saya. Seperti biasa, saya mengambil nombor dan menunggu untuk dipanggil bagi pengesahan kad pengenalan yang lama selain perlu mengisi borang penukaran alamat.”

Facebook

Tambah netizen ini lagi, “Sementara saya menunggu IC saya siap, saya dan suami berbual tentang perkhidmatan kaunter. Wanita di kaunter itu sangat baik.” 

Menurutnya lagi, kad pengenalannya yang baru berjaya disiapkan kurang daripada tempoh 40 minit sahaja. Selain daripada servis yang cepat, cara penjawat am bernama Shemlah ini yang mesra dan tidak lokek senyuman turut membuatkan sesiapa sahaja senang hati berurusan dengannya.

Lebih mengagumkan lagi, netizen ini turut menegaskan bahawa etika kerja yang ditonjolkan oleh Shemlah adalah sama dengan perkhidmatan kakitangan kerajaan Amerika Syarikat sewaktu dia menetap di sana!

Facebook

Penularan peristiwa ini turut mendapat perhatian daripada akaun Facebook Kelab Bahagian Kad Pengenalan JPNM Putrajaya yang mengucapkan tahniah kepada Shemlah di atas perkhidmatan terbaiknya itu. Malah, semua kakitangan JPN turut diminta untuk mencontohi etika kerja Shemlah.

Insiden ini membuatkan Shemlah menjadi buah mulut ramai dan dia turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para netizen di atas setiap pujian yang diberikan.

Semoga Shemlah dapat terus memberikan yang terbaik.

Sumber: World of BuzzNormaliza Mahadi/FacebookKelab Bahagian Kad Pengenalan JPNM Putrajaya

Maybe you're interested :

Share

Video Popular