Apabila kita memikirkan tentang sukan bola keranjang, kita cenderung untuk membayangkan atlet-atlet yang mempunyai ketinggian yang mengagumkan.

Tetapi seorang pemain muda ternyata telah memecah stereotaip dan menarik perhatian ramai dengan kebolehannya yang luar biasa dalam bersukan. Reese Turner adalah pelajar sekolah menengah dari Cushing, Texas, yang berketinggian empat kaki empat inci (132 cm). Walaupun berketinggian begitu, Reese sememangnya sangat berbakat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reese “Tres👌” Turner🎒🦍 (@r3eseeee) on


Reese “Tres👌” Turner🎒🦍/Instagram

Reese adalah seorang junior di Cushing ISD, di mana dia bermain untuk pasukan bola keranjang lelaki Bearkats. Reese konsisten menggagalkan jaringan pasukan lawan dan mengawal permainan, sekaligus membuktikan bahawa kekurangannya bukan satu penghalang.

Reese mula menjadi tular di internet selepas videonya bermain dalam gelanggang bola keranjang dimuat naik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reese “Tres👌” Turner🎒🦍 (@r3eseeee) on


Reese “Tres👌” Turner🎒🦍/Instagram

Pada awal Mac, Reese memuat naik videonya di laman Instagram dengan penggunaan tanda pagar baka berbeza (#differentbreed) dan hati berbanding ketinggian (#heartoverheight). Video itu kemudiannya menjadi tular.

Video itu merakam seorang pemain bersaiz kecil tetapi hebat yang berjaya mendapatkan tiga mata dan lontaran percuma, dan juga menunjukkan gerakan tariannya. Jurulatihnya, Jeremy Tamez, mengatakan bahawa kemahiran yang dimiliki oleh Reese adalah hasil dari semua kerja keras yang dia usahakan selama ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reese “Tres👌” Turner🎒🦍 (@r3eseeee) on

Reese “Tres👌” Turner🎒🦍/Instagram

“Dia kekal berlatih selepas tamat hampir setiap sesi latihan, menjaringkan gol, memastikan dia mendapatkan semuanya,” kata Jeremy. “Adalah sangat mengagumkan untuk melihat seseorang yang meletakkan dedikasi yang tinggi kepada sesuatu yang akhirnya dapat dilihat oleh semua orang di luar sana.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reese “Tres👌” Turner🎒🦍 (@r3eseeee) on

Reese “Tres👌” Turner🎒🦍/Instagram

Reese juga enggan untuk membiarkan kata-kata negatif mematikan semangatnya, Reese tidak pernah gagal percaya kepada dirinya sendiri. “Orang masih boleh berkata bahawa saya tidak boleh tetapi saya hanya perlu mencuba dan membuktikan bahawa mereka salah,” kata remaja itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reese “Tres👌” Turner🎒🦍 (@r3eseeee) on

Reese “Tres👌” Turner🎒🦍/Instagram

Reese berharap agar kisahnya akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk meneruskan impian mereka, tidak kira apa sahaja batasan mereka. “Lihatlah saya,” tambahnya. “Maksud saya, saya tidak cukup tinggi, tidak cukup tangkas, tidak cukup kuat tetapi saya masih tetap berusaha dan saya masih memberikan 100% untuk apa yang saya lakukan. Kejar impian anda dan jangan biarkan orang lain memusnahkan impian anda.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reese “Tres👌” Turner🎒🦍 (@r3eseeee) on


Reese “Tres👌” Turner🎒🦍/Instagram

Kita semua boleh mendapat manfaat dengan mengambil kata-kata yang bijak ini. Dengan sikap positif seperti Reese, tiada apa yang dapat menghalang kita dari melakukan apa sahaja yang kita inginkan!

Sumber: Inspire More

Maybe you're interested :

Share

Video Popular