Aspek kemanusiaan pada hari ini berhadapan dengan pelbagai isu seperti peperangan, kemiskinan, kebuluran, pencemaran dan pelbagai lagi. Penyelesaian kepada isu-isu seperti ini nampaknya agak sukar untuk dicapai, namun kita harus bertanggungjawab dalam mencari jalan penyelesaian.

Cuba anda buka minda akan sekeliling dan cari individu-individu yang sudah mula melakukan sesuatu dalam komuniti. Sebagai contoh, seorang peguam dari Bolivia, Ingrid Vaca Diez, yang kini merupakan seorang arkitek yang membina rumah khas untuk mereka yang dalam kesusahan.

Semuanya bermula dengan timbunan botol kosong di belakang rumah Ingrid

© Ingrid Vaca Diez|Facebook

Ingrid tidak pernah merancang untuk menjadi seorang arkitek namun dia sentiasa peka dengan krisis ekologi yang melanda planet kita. Pada suatu hari, suaminya memberi idea kepada Ingrid untuk menggunakan sisa botol kosong di rumah mereka yang terletak di kawasan perumahan Santa Cruz, untuk membina rumah.

Idea bernas itu membuatkan Ingrid berfikir, “Mengapa tidak sisa berkenaan yang selalunya dibuang di tempat pelupusan sampah, digunakan untuk membina rumah buat mereka yang kurang berkemampuan?”

Rumah yang dibina daripada botol kosong jauh lebih murah dan menggembirakan mereka yang kurang berkemampuan

© Ingrid Vaca Diez|Facebook

Menurut UNICEF, lebih separuh daripada individu di negara tersebut hidup dalam kemiskinan dan sering kali tidak berpeluang untuk memenuhi keperluan asas termasuklah rumah.

Ingrid sedar bahawa ia merupakan satu masalah yang serius apabila dia bertanya kepada kanak-kanak di sebuah sekolah yang dilawatinya. Menerusi jawapan kanak-kanak itu, mereka mahukan rumah sebagai hadiah Hari Natal.

Seorang daripada pelajar menulis bahawa dia mahu lebih banyak bilik dan ruang untuk keluarganya sempena hadiah Hari Natal kerana ketika ini mereka menetap di sebuah rumah kecil yang diperbuat daripada getah dan karton, di mana ia kerap kali mengalami kebocoran.

Kisah ini dan kisah-kisah yang lain membuatkan Ingrid mendapat ilham untuk memulakan projek yang menakjubkan – membina rumah botol khas untuk mereka yang memerlukan.

Proses pembinaan menggunakan botol adalah mudah namun memakan masa yang agak panjang

© Ingrid Vaca Diez|Facebook

Perkara utama yang diperlukan dalam membina rumah adalah bahan-bahan binaan. Batu bata misalnya, bukanlah murah dan tidak semua mampu mendapatkannya. Namun, jika ia digantikan dengan botol-botol lama yang boleh didapati di bandar-bandar, maka membina sebuah rumah yang selesa tidak menjadi satu masalah.

Apa yang diperlukan hanyalah sejumlah botol yang banyak, isikan dengan pasir atau tanah dan gunakannya seperti mana batu bata ketika membina rumah.

Walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam bidang seni bina, namun Ingrid telah berjaya membina lebih 300 buah rumah disamping mengitar semula jutaan botol plastik

© Ingrid Vaca Diez|Facebook

Untuk sebuah rumah bersaiz 1,830 kaki persegi, sebanyak 36,000 botol plastik kosong diperlukan. Ternyata sudah banyak botol plastik yang digunakan oleh Ingrid dalam membina lebih 300 buah rumah.

© Ingrid Vaca Diez|Facebook

Ingrid bukan sahaja berjaya memberikan harapan baru kepada insan kurang bernasib baik, namun turut menjalankan tanggungjawabnya dalam mengitar semula sisa buangan.

© Ingrid Vaca Diez|Facebook

Kisah Ingrid ini sangat memberi inspirasi dan berjaya membuktikan bahawa tidak semua solusi kepada sesuatu masalah itu mamakan kos yang besar.

Sumber: Brightside© Ingrid Vaca Diez|Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular