Membasuh sarung bantal itu adalah perkara yang biasa dilakukan oleh ramai orang. Namun begitu, amat jarang sekali seseorang mencuci bantal yang mereka gunakan walhal membasuh bantal juga merupakan satu keperluan.

Rumah.com

Ini kerana, bantal yang digunakan setiap hari itu akan kotor akibat terkena air liur, peluh yang keluar daripada kepala atau leher. Apabila bantal sudah kotor, serangga kecil dan bakteria mudah membiak di situ.

Dikatakan, 1/3 berat daripada bantal kita sebenarnya terdiri daripada sel kulit mati, debu, tungau (sejenis kutu halus) dan najis tungau. Kuman, kotoran dan bakteria ini memberi kesan buruk kepada mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Inilah gambar tungau yang hidup di bantal anda sekarang. Sangat jijik dan mengerikan bukan?

COOP

Namun usah bimbang! Sebelum anda membuang bantal kesayangan yang anda fikirkan sudah kotor dan tidak akan bersih lagi, lihat beberapa cara mudah untuk membersihkan bantal tersebut.

Bantal Kapas, Bulu halus, dan Bahan Sintetis

1. Kebanyakan bantal boleh dicuci dalam mesin basuh, namun sebaiknya anda periksa terlebih dahulu keterangan yang terdapat pada label di bantal anda. Jika boleh, teruskan ke langkah berikutnya.

2. Masukkan bantal anda ke dalam mesin basuh tanpa sarungnya. Sebaiknya masukkan dua bantal sekaligus, supaya mesin basuh dapat bekerja dengan seimbang.

3. Tambahkan sabun pencuci seperti biasa dan mulai cuci dengan air hangat atau air yang bersuhu sesuai. (Sila rujuk label yang terdapat di bantal anda).

4. Seterusnya, angkat bantal anda dari mesin basuh dan letak ke bahagian pengering dengan suhu panas yang rendah.

5. Sepanjang proses pengeringan, anda perlu membalik-balikkan bantal tersebut supaya bantal tersebut menjadi lembut.

BANTAL HOTEL DAG™

Bantal Busa

1. Letak dua bantal busa ke dalam mesin basuh.

2. Tambah sabun pencuci dan basuh bantal pada suhu sederhana.

3. Ambil dan pindahkan bantal tersebut ke bahagian pengering. Tetapkan suhu panas yang paling rendah.

4. Tambahkan bahan pelembut atau bola tenis untuk membuatkan bantal kekal lembut.

Cerpen

Beginilah cara untuk membasuh bantal. Namun, jika bantal anda sangat kotor dan kesan tompok kotoran tidak juga hilang selepas anda membasuhnya, lebih baik anda membuangnya sahaja.

Sebaiknya, bantal diganti setiap beberapa tahun. Jika anda tidak tahu bilakah waktu yang sesuai untuk menggantikan bantal yang lama itu, jawab soalan berikut.

1. Adakah anda berasa terdapat ketulan seperti benjol pada bantal anda?

2. Adakah anda perlu menepuk bantal supaya lebih empuk setiap kali anda hendak menggunakan bantal?

3. Adakah bantal kembali ke bentuk asal selepas anda melipatnya?

Jika jawapan anda ‘ya’ maka itu bermakna anda perlu menggantikan bantal lama kepada bantal baharu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular