Apabila menaiki kenderaan awam seperti bas dan kereta api, adalah menjadi tanggungjawab setiap orang untuk sentiasa mendahulukan insan-insan yang lebih memerlukan untuk duduk. Antara insan yang layak diberi keutamaan adalah seperti warga emas, ibu mengandung dan orang kelainan upaya.

Malangnya, untuk ibu yang tidak berdaya ini, seolah-olah tiada siapa sudi menawarkan tempat duduk mereka walaupun jelas sekali dia sedang bersusah-payah dengan anaknya yang tidur di pangkuannya.

Foto-foto yang diambil dalam sebuah kereta api di lokasi yang tidak diketahui ini merakamkan perjuangan sebenar seorang wanita ketika anak perempuannya tertidur di pangkuannya dalam kereta api yang sedang sesak dengan penumpang.

Walaupun ada tempat duduk khas yang disediakan untuk golongan yang memerlukan, namun kelihatannya tiada siapa yang memberi perhatian kepada ibu yang bergelut itu dan masing-masing tidak mahu melepaskan kerusi mereka untuknya.

Dalam gambar itu, wanita yang dilihat membawa beg sekolah anak perempuannya terpaksa duduk bertinggung di  atas lantai sambil bersandar di dinding kereta api ketika anak perempuannya masih tidur di atas ribanya.

Gambar yang sayu itu juga menunjukkan penumpang lain berdiri berdekatan dengan ibu itu dan tiada seorangpun yang menawarkan bantuan kepadanya.

Ibu yang kasihan itu terpaksa bergelut dengan posisi yang tidak selesa itu sepanjang perjalanan yang memakan masa 40 minit. Setelah beberapa lama, wanita itu cuba untuk berdiri tetapi kakinya menjadi lemah dan dia gagal untuk berdiri dan terpaksa memegang dinding kereta api untuk sokongan.

Walaupun golongan seperti ibu ini tidak dinyatakan untuk mendapat keistimewaan tempat duduk khas dalam kenderaan awam, tetapi sebaik-baiknya golongan seperti ibu ini turut diberikan kerusi kerana dia sememangnya memerlukannya.

Marilah kita menanam rasa belas kasihan dan memberi perhatian kepada orang-orang di sekeliling kita terutamanya insan yang memerlukan.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular