Sementara ramai orang yang merungut dan memperkatakan tentang itu dan ini dengan rasa tidak puas hati mereka terhadap dunia, terdapat juga golongan yang terus melakukan kebaikan dalam diam. Tidak susah untuk melakukan kebaikan di dunia ini asalkan hati kita terus menyemai perasaan yang baik di dalam diri.

Dengan diri sendiri memulakan untuk melakukan satu kebaikan dan berfikir ia hanya perkara kecil yang mudah, kita mungkin sudah mampu mengubah dunia ini menjadi lebih baik demi kebaikan masa hadapan. 15 insan di bawah ini memberikan teladan itu kepada kita.

#1. “225,718 tayar telah dialihkan dari Osborne Reef di pantai Florida. Amat berbangga dengan syarikat saya!”

micro_sharticles / Reddit

#2. Beg dengan makanan di dalamnya yang tertulis, “Makan ini jika anda lapar!” yang diletakkan di hadapan sebuah kedai di Bari, Itali.

 lokiu_ox / Reddit

#3. Seorang tidak dikenali memandu sejauh 10 batu untuk menghantar dompet ini kepada pemiliknya selepas dua hari dia kehilangannya. Insan yang baik hati ini menyimpan dompet ini dengan baik tanpa ada apa-apa yang hilang di dalamnya. Dia hanya menulis nota di atas sampul tetapi tidak meninggalkan nama dan nombor telefon jadi pemilik ini tidak dapat mengucapkan rasa terima kasih dengan sempurna kepadanya. Apa pun, tindakannya itu amat mulia dan terpuji.

 Mysterious_Ostrich / Reddit

#4. Seorang peserta maraton berlari sejauh 19 batu dan anak anjing ini telah ditemuinya ketika dia sedang berlari. Selepas maraton, dia menjadi pemilik kekal anak anjing ini.

Polsin Sinsamoe / Facebook   / Polsin Sinsamoe / Facebook

#5. Setiap minggu budak lelaki ini akan datang ke taman ini untuk mengutip sampah dan mengitar semula semua sampah tersebut.

#6. Wanita ini menyediakan mafela tebal untuk gelandangan di satu persimpangan yang sibuk ketika polar vorteks melanda Chicago.

 livinlrginchitwn / Reddit

#7. Seorang individu yang budiman meletakkan pelbagai tajuk buku di dalam rak perpustakaan mini ini untuk kanak-kanak membacanya dan ia boleh dipinjam sehingga tempoh 10 tahun.

 janitor1986 / Reddit

#8. Penghantar piza mengetahui anak pelanggan mereka telah memasuki usia 1 tahun, dan dia membuat kejutan dengan hadiah piza bayi sebagai tambahan.

KeesPro / Reddit

#9. Wanita ini sering menghabiskan masa rehatnya dengan membantu warga emas ketika mereka keluar membeli barangan runcit.

 kronoSZg / Reddit

#10. Seorang lelaki membina sebuah rumah kecil untuk menempatkan kucing jalanan supaya mereka tidak kesejukan ketika musim sejuk.

 lion178 / Pikabu

#11. Samuel yang berusia 12 tahun telah berjaya mengumpul 5,000 selimut tebal untuk diagihkan kepada para gelandangan dan rumah perlindungan ketika musim sejuk.

hypertextstudios / Reddit

#12. Ketika hujan yang sangat lebat di luar, mereka telah membawa masuk kucing ini dan menyelimutinya.

Efeler_Gibi / Reddit

#13. Kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun ini akan memotong rambutnya supaya ia boleh didermakan kepada pesakit kanser kanak-kanak.

50greyshades / Reddit

#14. Setiap Hari Valentine, lelaki yang luar biasa ini akan membawa semua balu dari rumah jagaan warga emas dan melayani mereka dengan jamuan makan tengah hari serta memberi mereka hadiah dan sekuntum bunga ros. Dia telah melakukan perkara mulia ini di restoran yang sama selama 5 tahun.

Sinalot7775 / Reddit

#15. Seorang lelaki gelandangan dengan anjingnya duduk di satu lorong di bawah jambatan di Prague. Ketika itu cuaca sangat sejuk, tetapi dia membiarkan dirinya kesejukan dan membaluti anjing itu dengan selimutnya. 

everyonelse / Reddit

Sumber : Bright Side

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular