Pada suatu hati, seorang petani di India yang sedang sibuk di ladang tebunya menemui satu makhluk berbulu yang comel. Ia kelihatan seperti gumpalan. Ekoran rasa ingin tahu, petani berkenaan mendekati makhluk itu dan mendapati bahawa ia merupakan seekor anak harimau bintang!

Anak harimau bintang tersebut berusia 2 bulan dan ia difahamkan berlaku kerana para petani di sana bertindak meluaskan kawasan ladang tanaman mereka, sekali gus mengakibatkan haiwan liar kehilangan tempat tinggal.

Kasihan dengan nasib anak harimau bintang berkenaan, petani itu lantas menghubungi pasukan penyelamat haiwan liar. Secara ringkasnya, kejadian itu berlaku ketika musim harimau bintang betina melahirkan anak mereka.

Kebanyakan harimau bintang betina akan melahirkan anak mereka di ladang-ladang, dan tidak disangka pula waktu itu juga merupakan musim menuai hasil tani oleh para petani. Pasukan penyelamat tersebut bertindak memeriksa tahap kesihatan anak harimau bintang itu dan mendapati bahawa fizikalnya sihat.

Mereka kemudian meletakkan anak harimau bintang tersebut ke dalam bekas plastik di kawasan anak harimau itu dijumpai. Mereka juga sempat meletakkan kamera yang disorok bagi merakamkan setiap perkara yang berlaku selepas itu.

Hasilnya, pada waktu malam mereka mendapati bahawa terdapat harimau bintang betina dewasa, yang diandaikan sebagai ibu kepada anak harimau bintang itu. Ibunya menolak bekas plastik itu menyebabkan anaknya berjalan keluar daripadanya secara perlahan.

Alangkah terkejutnya ibu harimau itu setelah menemui anaknya lalu segera membawa anaknya itu pergi. Nampaknya ibu harimau berkenaan sangat gembira dan teruja kerana berjaya menemui anaknya dalam keadaan yang sihat dan selamat.

Baiklah, berikut merupakan video pendek yang berjaya dirakamkan oleh pasukan penyelamat terbabit:

Sumber: Wildlife SOS/Youtube, cocomy

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular