Kes pencemaran toksik yang masuk hari ketujuh hari ini, menyaksikan jumlah kes baharu semakin meningkat apabila pelajar dan murid beberapa lagi sekolah di sekitar kawasan tersebut mendapatkan rawatan di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih kerana mengalami sesak nafas, loya dan muntah.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengarahkan kesemua 111 sekolah di daerah Pasir Gudang tutup serta merta hari ini sehingga ke satu tarikh akan diumumkan kelak.

Keputusan itu dibuat berdasarkan kepada situasi semasa dan makluman daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Seramai 506 orang dirawat dengan sembilan daripadanya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) ekoran pencemaran toksik akibat pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Khamis lalu.

Enam pasukan daripada klinik kesihatan, dua ambulans dan pasukan dari Hospital Sultanah Aminah digegaskan untuk memberi bantuan. Ditambah pula dengan petugas kesihatan daripada badan bukan kerajaan yang juga turut serta menghulurkan bantuan.

Petugas kesihatan berusaha membantu pesakit

Gambar-gambar yang dikongsikan di Twitter menunjukkan para petugas kesihatan yang cekal dan berusaha membantu pesakit yang terjejas dengan bencana kimia tersebut. Mereka terpaksa mengorbankan waktu rehat dan makan untuk memastikan pesakit segera mendapat rawatan.

999 Malaysia|Twitter

999 Malaysia|Twitter

Seorang pemandu ambulans berusia 44 tahun telah dimasukkan ke wad Unit Penjagaan Rapi (ICU), dianggap sebagai wira negara kerana telah membantu menyelamatkan lebih 30 orang pelajar yang menjadi mangsa kepada sisa kimia yang dibuang di sungai Kim Kim.

999 Malaysia|Twitter

Walaupun kelihatan penat, mereka tetap komited menjalankan tanggungjawab

Anggota penyelamat, bomba dan polis menjalankan tanggungjawab mereka dalam membantu mangsa yang terlibat. Walaupun kesihatan mereka juga boleh terancam akibat pencemaran kimia tersebut, mereka masih menjalankan tugas dengan komited.

999 Malaysia|Twitter

999 Malaysia|Twitter

999 Malaysia|Twitter

Terima kasih diucapkan kepada kesemua pasukan kesihatan dan anggota keselamatan yang terlibat membantu pesakit dan mangsa yang terlibat.

Sumber: 999 Malaysia|Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular