Seorang guru di Sarawak bernama Cikgu Alia berhati sungguh mulia. Baru-baru ini kisahnya telah menjadi tular di laman sosial Twitter gara-gara dirinya yang begitu gigih membuat dan memasakkan 32 piza mini untuk kesemua anak muridnya yang bersekolah di pedalaman negeri Sarawak.

Pada mulanya Cikgu Alia telah mendengar dan mendapat tahu hampir kesemua anak muridnya tidak pernah memakan dan merasai piza. Guru sekolah rendah ini berasa simpati kepada semua kanak-kanak tersebut yang merasakan piza itu satu hidangan yang mahal.

Twitter @AliaNadiera

Cikgu Alia berasa amat tersentuh lalu telah mengambil inisiatif untuk membuat sendiri 32 piza mini supaya kesemua anak muridnya dapat merasai juadah kegemaran ramai itu buat pertama kali.

Cikgu Alia telah berkongsi kisahnya membuat piza mini tersebut untuk kesemua 32 orang anak muridnya.

Twitter @AliaNadiera

Twitter @AliaNadiera

 Twitter @AliaNadiera

 Twitter @AliaNadiera

Apa yang lebih menarik dan menggembirakan, piza mini telah dijamu kepada anak-anak ini pada hari kelahiran Cikgu Alia.

Twitter @AliaNadiera

Twitter @AliaNadiera

 Twitter @AliaNadiera

Satu sekolah telah dapat merasai piza mini yang lazat buatan air tangan Cikgu Alia yang berhati mulia.

Twitter @AliaNadiera

Twitter @AliaNadiera

Berikutan kisah Cikgu Alia yang menjadi tular, ramai yang telah memuji tindakan guru ini yang amat prihatian akan kebajikan serta perasaan anak-anak muridnya.

Twitter @AliaNadiera/

Twitter @AliaNadiera/

Sudah pasti hati berasa amat bahagia dan gembira apabila melihat keriangan pada wajah kesemua kanak-kanak ini.

 Twitter @AliaNadiera

Sumber : @AliaNadiera/ Twitter , SAYS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular