Stacy Caldwell adalah seorang guru muzik di Sekolah Rendah Wilmeth di McKinney, Texas. Ketika dia mengatur murid-muridnya untuk tugasan bermain dram, dia tidak tahu ada di antara mereka yang hebat bermain alat muzik itu.

Alijah menunjukkan bakatnya dan memainkan irama rumit dengan menggunakan bahagian berlainan baldi untuk menghasilkan bunyi yang berbeza. Stacy tidak pernah melihat persembahan seperti itu dan dia tahu bahawa dia perlu melakukan sesuatu untuk membantu Alijah.

Alijah sering bermain dram di gereja tempatan dan kadang-kadang berlatih menggunakan dram di kedai alat muzik tempatan. Walau bagaimanapun, Alijah sebenarnya tidak pernah mendapatkan pelajaran formal mengenai alat muzik itu dalam hidupnya.

Sebelum ini, Alijah pernah berlatih bermain dram di rumah tetapi malangnya set alat muzik tersebut musnah dalam kebakaran rumah dan keluarganya tidak mampu untuk menggantikannya. Mengetahui akan hakikat itu, Stacy tahu dia perlu membantu Alijah.

Stacy bertanya kepada netizen melalui Facebook jika ada sesiapa mempunyai kit ganti dan mahu mendermakannya kepada Alijah. Ramai netizen berpakat menyediakan alat khas untuk diberikan kepada Alijah.

Selepas berbincang, akhirnya netizen memutuskan untuk menderma set lengkap dram kepada Alijah. Mereka tahu bakat yang dimiliki oleh Alijah adalah satu kelebihan yang perlu dipupuk dan tidak disia-siakan.

Stacy memberikan hadiah tersebut kepada Alijah. Alijah yang teruja dengan hadiah tersebut terus memeluk gurunya, Stacy sebagai tanda terima kasih.

Alijah benar-benar gembira dengan hadiah tersebut, lantas mencubanya. Alunan muzik yang dimainkan menunjukkan dia memang benar-benar berbakat.

Mari saksikan video Alijah bermain dram baharu tersebut.

Sumber: HAPPIESTStacy Caldwell/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular