Johor Bahru:  Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenaan untuk mengurniakan sumbangan bernilai RM1 Juta untuk digunakan dalam usaha memperhebatkan operasi menyelamat, merawat dan mencegah pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang.Pengumuman sumbangan tersebut dimaklumkan menerusi entri terbaharu di laman sesawang Royal Johor, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan sebanyak RM1 juta.

Dalam entri berkenaan, Raja Permaisuri bertitah, sumbangan berkenaan boleh digunakan oleh agensi penyelamat serta pihak berkuasa yang terbabit dalam operasi dapat memperlengkapkan pasukan masing-masing dengan kemudahan yang diperlukan.

“Tuanku Sultan ada membincangkan perkara ini dengan saya sebagai Penasihat Diraja Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan baginda juga amat tersentuh apabila mendengar sebuah klip rakaman seorang lelaki menangis sambil meminta bantuan menyelamatkan anaknya.

“Tuanku Sultan turut berpendapat dengan kurniaan sumbangan peribadi baginda, ia dapat membantu pihak berkuasa serta agensi penyelamat seperti Bomba dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) memperlengkapkan pasukan mereka demi membantu rakyat,” titah Raja Zarith.

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Idris Shah melawat mangsa-mangsa yang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat terhidu gas kimia di kawasan Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, baru-baru ini.

Terdahulu, Sultan Johor murka dan kesal terhadap individu yang didapati terbabit dalam kes pembuangan bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim, Pasir Gudang sehingga memberi kesan kepada murid, pelajar dan orang awam.

Sebelum ini, Raja Zarith berkenan melawat 19 mangsa yang dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) yang membabitkan 16 pelajar dari Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih, dan Sekolah menengah (SMK) Taman Pasir Putih selain seorang kakitangan Jabatan Alam Sekitar, pemandu ambulans dari Klinik Kesihatan Pasir Gudang serta pekerja kantin SMK Taman Pasir Putih.

Setakat kini, sejumlah 506 orang dirawat dengan sembilan daripada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI), manakala semua sekolah di sekitar Pasir Gudang di arah tutup serta-merta.

Kes pencemaran toksik yang masuk hari kelapan hari ini menyaksikan jumlah kes baharu meningkat apabila pelajar dan murid beberapa lagi sekolah di sekitar kawasan itu mendapatkan rawatan di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih kerana mengalami sesak nafas, loya dan muntah.

Sumber: Royal Johor

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular