Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi kisahnya di Facebook, di mana terdapat seorang lelaki yang menyamar sebagai juruteknik datang ke rumahnya. Sally memberitahu bahawa terdapat seorang wakil daripada Elken Malaysia yang menghubunginya pada 8 Mac lalu untuk menetapkan temu janji penapis airnya diservis.

(Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja)  Prop Social

Selepas menetapkan temi janji, seorang juruteknik datang ke kondominiumnya lengkap dengan pakaian uniform Elken. “Ketika dia membuka penapis air, dia segera bertanya kepada saya jika saya mahu membeli pakej beharga RM1,000 lebih, dan saya menolak tawaran itu,” tulis wanita itu.

Kemudian, lelaki terbabit berkata bahawa terdapat beberapa komponen yang perlu ditukar dan ia menelan kos sebanyak RM245.

“Saya sekali lagi menolak kerana sebagai pengguna Elken, saya tahu produknya tahan lama dan mustahil ia boleh rosak dengan begitu cepat ,” tambahnya lagi.

(Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja)  Tru Water

Lebih mengejutkan apabila lelaki itu terus meminta yuran servis sebanyak RM80, walaupun dia telah diberitahu bahawa ianya percuma.

“Saya telah diberitahu terlebih dahulu bahawa servis ini dilakukan secara percuma, jadi saya amat terkejut. Dia pasti perasan akan wajah saya yang sedikit bingung lantas berkata, “Baiklah, saya beri diskaun, RM60,” tulisnya lagi.

Sally lantas menolak kerana telah memeriksa terlebih dahulu dengan ibu pejabat Elken mengenai caj tambahan. Sally juga menambah bahawa lelaki itu meninggalkan rumah kurang daripada 10 minit setelah memberitahunya bahawa dia sedang bekerja.

Curiga dengan apa yang berlaku menyebabkan Sally menghubungi Elken untuk membuat aduan mengenai caj tambahan yang diminta juruteknik terbabit. Alangkah terkejutnya Sally apabila mendapati bahawa syarikat itu tidak mempunyai rekod temu janji dengan juruteknik terbabit.

Semasa dalam talian bersama wakil khidmat pelanggan, Sally mendapati bahawa ibu pejabat Elken tidak mempunyai rekod pengesahan servis penapis air di rumahnya, tidak mempunyai rekod juruteknik itu, tidak mempunyai penjelasan bagaimana lelaki itu mempunyai akses terhadap nama penuh, alamat dan nombor telefonnya, serta mengesahkan bahawa nombor telefon juruteknik itu bukanlah nombor rasmi mereka.

Sally mengakui bahawa dia seharusnya memeriksa dahulu ID juruteknik lelaki itu sebelum membenarkannya masuk. Oleh itu, Sally memutuskan untuk berkongsi kisahnya agar orang ramai tahu membezakan juruteknik yang betul ataupun bukan.

(Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja) Happy Netty

“Saya bersyukur kerana tiada apa yang berlaku di rumah namun saya masih tidak sedap hati bagaimana perkara sebegini boleh terjadi,” tulisnya lagi.

Menurut Sally, berikut merupakan cara untuk mengetahui sekiranya seorang juruteknik itu daripada wakil Elken yang sah:

1) Mereka akan memakai uniform Elken bewarna putih dan kelabu
2) Mereka akan menunjukkan ID juruteknik
3) Mereka sentiasa memberi invois untuk anda tandatangan, tidak kira ia percuma ataupun tidak
4) Elken hanya akan menghubungi anda menggunakan nombor HQ mereka (03-7985 9377 ) untuk sebarang temu janji
5) Anda akan menerima SMS berkenaan dengan pengesahan temu janji yang telah dibuat

Sally berkata bahawa insiden itu menyebabkan pihak Elken telah membuat laporan polis. Syarikat itu walau bagaimanapun akan memastikan bahawa data pelanggan sentiasa dilindungi selain menghantar juruteknik mereka bagi memeriksa jika terdapat apa-apa dibuat oleh lelaki itu terhadap penapis air Sally.

Sumber: Says

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular