Sekumpulan nelayan di United Kingdom telah berjaya mendaratkan khazanah lama yang dipercayai berasal dari abad ke-17 iaitu sauh sebuah kapal karam yang membawa pelbagai barangan berharga dianggarkan bernilai RM5.36 bilion!

Menurut rangkaian media British, sauh kapal yang ditemui di dalam pukat kira-kira 20 batu dari selatan Cornwall itu dipercayai menjadi milik Pedagang Diraja yang tenggelam sekitar 400 tahun lalu. Sebuah kapal pedagang yang dilaporkan tenggelam pada 1641 bersama-sama dengan harta karun seperti 45,360 kg emas dan 400 keping jongkong perak Mexico.

Selain harta emas dan perak, kapal ini turut membawa hampir 500,000 kepingan syiling emas sekali gus menjadikan kapal ini sebagai salah satu tinggalan paling berharga sepanjang zaman!

Lukisan oleh Robert Salmon bagi menggambarkan keadaan sebuah kapal British yang dilanda badai

WikipediaCommons

The Telegraph melaporkan bahawa kapal berkenaan berada berhampiran Kepulauan Scilly sewaktu kejadian cuaca buruk melanda sekali gus menyebabkan kapal berkenaan karam.

Penemuan sauh ini telah memberikan satu petunjuk penting kepada dunia tentang lokasi tenggelamnya kapal yang menyembunyikan khazanah berharga itu. Bagaimanapun, seseorang pencari harta karun amatur ditegah daripada melibatkan diri dalam misi pencarian khazanah ini disebabkan oleh bahaya yang bakal menimpa di dasar laut.

 

Mark Milburn iaitu individu yang mengendalikan Atlantic Scuba dan acap kali melihat tapak kapal karam di teluk Cornish menjelaskan bahawa seseorang memerlukan peralatan dan kepakaran tinggi untuk menyelam sedalam 300 kaki ke bawah laut bagi mendapatkan harta Pedagang Diraja tersebut.

“Pasti akan ada orang yang mahu mendapatkan harta itu. Kebimbangan utama saya adalah akan ada individu yang mengambil tanpa memberitahu sesiapa,” kata Milburn, 55 tahun.

Bukan sahaja itu, mereka yang berminat untuk mencari harta karun itu juga perlu melaporkan diri kepada kerajaan British selain mendapatkan lesen sah memandangkan kapal berkenaan terdampar di dasar laut negeri.

AllThatsInteresting/SWNS

Sementara itu, Milburn dan beberapa nelayan telah mencapai kata sepakat untuk menyimpan sauh berkenaan dan mengawetnya. Dengan kaedah itu, barulah Milburn dapat melakukan penyelidikan terperinci dan mengenal pasti usia sebenar sauh berkenaan.

Pedagang Diraja bukanlah satu-satunya harta karun tinggalan kapal karam yang ditemui di United Kingdom. Tahun lalu, beberapa penyelam telah menemui bangkai kapal British yang membawa harta berupa berlian dan juga mutiara dari India. Bangkai kapal ini dipercayai karam di perairan Cornwall pada tahun 1684 akibat ribut.

Sumber: USA Todayinews

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular