Beberapa jam lalu, mungkin ada antara anda yang tersedar bahawa berlaku gangguan kepada aplikasi Facebook serta Instagram dan Whatsapp. Gangguan yang berlaku telah berlarutan selama 6 jam dan dianggap masa terpanjang yang pernah dialami oleh platform media sosial.

Gangguan kepada aplikasi ini telah mengundang perbualan hangat di Twitter selepas rata-rata pengguna mula panik kerana tidak dapat mengikuti perkembangan terbaru di Facebook, Instagram dan Whatsapp.

AP/ The Epoch Times

Antara masalah yang dikesan sejak beberapa jam lepas ialah, tiada posting terbaru yang dikesan di ketiga-tiga platform berkenaan. Malah, bagi pengguna Whatsapp, ada antaranya yang tidak dapat menghantar foto dan video.

Menurut pemakluman yang telah dikeluarkan oleh Facebook, pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan isu yang menyebabkan penggunanya telah gagal untuk log masuk ke akaun mereka.

Facebook/ Twitter

Malah, Facebook turut mengesahkan bahawa gangguan kali ini tiada kaitan dengan serangan DDos yang didakwa berlaku kepada mereka.

Bagaimanapun, gangguan kali ini dianggap yang terbesar kerana mengikut laman web downdetector dot com, laporan daripada pengguna di Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah mencatatkan angka tertinggi setakat ini.

Matt Navarra/ Twitter

Malaysia juga turut menerima tempiasnya apabila laporan yang diterima setakat ini menyatakan gangguan berkenaan telah memasuki jam kelima.

Mengikut sejarah, Facebook pernah mengalami gangguan selama 45 minit akibat masalah teknikal ketika kerja-kerja menaiktaraf bagi kepentingan pengguna yang kini bertambah.

Memandangkan Facebook merupakan platform komunikasi dengan bilangan pengguna terbesar di dunia ketika ini, ramai yang menggunakan aplikasi ini untuk berkomunikasi dan menjalankan perniagaan mereka.

Sumber : The Epoch Times, Astro Awani

Maybe you're interested :

Share

Video Popular