Siapa bersetuju bahawa kanak-kanak zaman sekarang mempunyai tingkah laku yang menjengkelkan. Semasa zaman kita dahulu, walaupun ada yang nakal, tetapi generasi kita juga sangat sopan apabila berada di khalayak ramai, memakai pakaian yang tidak menjolok mata selain tidak terlibat dengan budaya-budaya mengarut.

Jika dilihat pada kanak-kanak zaman ini, kebanyakannya bersikap biadap terhadap orang tua dan tidak mempunyai sensitiviti. Buktinya boleh dilihat pada satu perkongsian tular yang dimuat naik oleh pengguna Twitter bernama Isabel

da_drought_3

Kurangnya didikan daripada ibu bapa merupakan salah satu punca utama mengapa kanak-kanak ini begitu biadap.

Menerusi perkongsian berkenaan, dapat dilihat seorang kanak-kanak lelaki sedang menggunakan sepenuhnya ruang untuk dua hingga tiga orang penumpang dengan berbaring di atas kerusi sambil bermain telefon.

Lebih mengejutkan lagi, penjaga kanak-kanak berkenaan yang duduk di sebelah tidak mengendahkan perbuatan kanak-kanak itu dan hanya membiarkannya sahaja memandangkan dia juga berada di dalam ‘dunia’ sendiri…

da_drought_3

Sesiapa sahaja yang berhadapan dengan situasi ini pasti akan mempamerkan reaksi muka menjengkelkan. Bayangkan tiga tempat duduk yang digunakan oleh kanak-kanak itu pasti dapat memberikan ruang yang lebih buat pengguna kereta api lain untuk duduk sementara menunggu stesen yang ditujui.

Pada ketika itulah, salah seorang penumpang yang turut berada di lokasi sama tidak mampu menahan diri dan terus melakukan sesuatu untuk ‘mengajar’ kanak-kanak lelaki berkenaan tentang adab!

Lelaki ini yang sudah letih berdiri mengambil keputusan untuk menghampiri kanak-kanak lelaki yang sedang berbaring itu lalu duduk di atas kakinya! Tindakan yang sungguh tidak dijangka!

da_drought_3

“Tidak pasti sama ada individu di sebelahnya itu adalah ibunya tetapi dia langsung tidak berkata apa-apa,” kata Isabel.

Perbuatan lelaki itu mendapat reaksi mengejutkan daripada kanak-kanak terbabit yang turut sempat dirakam oleh Isabel…

Wira penyelamat situasi ini mendapat pujian melambung daripada warga Twitter dan penularan gambar ini dikatakan telah mencecah sehingga 47,000 perkongsian! Ramai mendakwa bahawa mereka pernah berhadapan dengan situasi sama namun tidak tahu tindakan selanjutnya yang patut diambil.

da_drought_3

Semoga perkongsian ini akan membuatkan para ibu bapa dan golongan muda di luar sana lebih peka dengan keadaan sekeliling.

Sumber: Bored Panda, Isabel/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular