Memulakan perniagaan merupakan satu tanggungjawab dan komitmen yang berat selain melibatkan risiko tinggi. Tidak kiralah betapa rajinnya anda bekerja, bidang perniagaan ada pasang surutnya dan pelanggan tidak akan datang setiap hari ke kedai anda.

Disebabkan itu jugalah dianggarkan 20% daripada perniagaan kecil-kecilan tidak berjaya diteruskan pada tahun pertama penglibatan. Namun percayalah bahawa kuasa penularan di media sosial pada zaman kini mampu membuatkan sesiapa sahaja menjadi terkenal dalam sekelip mata dan ini boleh membantu anda mempromosikan perniagaan dengan lebih luas.

BillysDonutsHTX

Begitulah yang terjadi kepada anak lelaki seorang pemilik kedai menjual donat di Missouri, Texas iaitu Billy By apabila tweet yang dikongsikannya di Twitter berjaya meningkatkan populariti kedai tersebut sekali gus menyebabkan ramai pelanggan berpusu-pusu untuk ke sana!

BillysDonutsHTX

Menurut perkongsian berkenaan, pengguna Twitter ini telah menyatakan bahawa kedai donat milik bapanya iaitu Billy’s Donuts tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan dan hal ini membuatkan si bapa bersedih.

Bayangkan hari pertama pembukaan kedai baharu dan anda tidak menerima kunjungan daripada sebarang pelanggan. Pasti anda juga akan merasai kesedihan yang dialami oleh bapa Billy ini.

BillysDonutsHTX

Tambahan pula, sebagai generasi tua, pemilik kedai ini tidak begitu didedahkan dengan kepentingan penggunaan media sosial bagi tujuan pemasaran. Sebagai tanda sokongan di samping berusaha untuk menarik pelanggan ke kedai bapanya, anak lelaki ini telah mengongsikan beberapa gambar suasana di Billy’s Donuts dengan kapsyen:

“Bapa saya sedih kerana tiada siapa yang datang ke kedai donat barunya.”

Tweet ini dengan serta-merta menjadi tular dan meraih lebih daripada 338,000 retweet dan 756,000 jumlah like! Bukan itu sahaja, hasil jualan Billy’s Donuts turut laku dan dalam masa 24 jam sahaja kesemua donat yang ada di kedai berkenaan telah habis dijual…

photog72

Rata-rata pelanggan yang telah mengunjungi kedai donat ini turut memberikan maklum balas yang positif mengenai donat yang dijual. Bukan sahaja itu, mereka turut memberikan pujian yang melambung mengenai layanan baik daripada pemilik kedai donat ini.

Thaomai

“Saya telah pergi ke Billy’s Donuts hari ini, mereka sangat baik hati.”

“Keadaan sangat sibuk ketika saya masuk ke dalam!! Ibunya menceritakan berapa keuntungan yang mereka peroleh dahulu jika dibandingkan dengan sekarang dan dia sangat tidak menjangkakannya.”

“Bawa semua rakan-rakan anda. Lihatlah si bapa yang kesedihan ini.”

lets_eat_htx

Sehingga kini, akaun Instagram Billy’s Donuts telah menerima lebih daripada 98,200 jumlah pengikut dan semakin dikenali ramai berkat kuasa tular di Twitter!

Malah, Billy turut sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelanggan dan juga netizen yang tolong menyebarkan tweet berkenaan. Hal ini secara langsung telah membantu keluarganya untuk terus memberikan yang terbaik demi kelangsungan perniagaan.

whatisnatalie

Lebih mengejutkan lagi, penularan berita ini turut mendapatkan perhatian daripada wakil Twitter sendiri yang ingin mencuba merasai beberapa donat di kedai Billy’s Donuts.

billysdonuts

“Kami tidak mahu ketinggalan! Kami akan berada di sana esok pagi. #LoveTwitter.”

Sumber: Bored PandaSAYS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular