Hubungan kekeluargaan perlu sentiasa diraikan sama ada dari segi fizikal mahupun mental atau kerohanian. Menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain dapat mengeratkan lagi hubungan di antara ahli keluarga sekali gus memupuk semangat cintakan keluarga dengan positif.

Semasa kecil, pasti ramai yang pernah berkesempatan untuk menuruti perintah bapa yang meminta anda berdiri dan memijak belakang badan mereka bukan? Namun kadangkala, kita sangat malas berbuat demikian dan lebih cenderung untuk pergi bermain dan berseronok bersama rakan-rakan.

SoraNews24

Namun, alangkah bagusnya kerana seorang bapa dari Jepun telah mengongsikan satu tips dan jalan penyelesaian menarik untuk membolehkan dirinya menikmati urutan daripada anak dan pada masa yang sama membuatkan anaknya teruja untuk ‘memijak’ bapa.

Bapa dan juga jurutera perisian Google dari Jepun iaitu Ken Kawamoto telah memuat naik sebuah video di Twitter yang menunjukkan dirinya sedang memakai sehelai baju T dengan cetakan trek keretapi pada bahagian belakang baju.

Rekaan yang sungguh berinovasi ini bertujuan untuk menggalakkan anaknya menjadikan cetakan itu sebagai ‘lantai’ bagi keretapi permainan anak lelakinya itu.

“Inilah baju T yang membolehkan anda mendapat urutan daripada anak-anak. Anda hanya perlu berbaring sahaja.”

Video berkenaan menjadi tular dan meraih lebih daripada 31,000 retweet dan 62,000 jumlah like.

Netizen rata-ratanya amat mengagumi kreativiti si bapa yang bukan sahaja mencetak corak landasan keretapi tetapi juga menjadikan baju itu lebih menarik dengan menambah nama-nama stesen yang unik.

Antaranya ‘stesen’ Bahu Kiri, Tulang Belakang, Bahagian Bawah dan juga Bahu Kanan. Dengan cara ini, Ken dapat meminta anaknya untuk mengurut di mana-mana ‘stesen’ yang diinginkannya.

Ken Kawamoto

Menurut laporan SoraNews24, terdapat juga netizen yang mencadangkan si bapa untuk mencetak konsep landasan kereta api sama pada pakaian penuh termasuk di bahagian kaki supaya si bapa boleh mendapat perkhidmatan urutan yang lebih menyeluruh.

Bagi anda yang teringin untuk mencuba helah pakaian ini, anda boleh klik pautan ClubT di sini yang didatangkan dengan enam warna menarik dan dijual pada harga RM88 sehelai.

Selepas ini, pasti badan menjadi lebih cergas!

Sumber: SAYS, ClubTSoraNews24

Maybe you're interested :

Share

Video Popular