Saban tahun, kita sering mendengar berita kurang menyenangkan mengenai pembantu rumah, bagaimanapun, tidak dinafikan terdapat segelintir pembantu rumah yang membentuk hubungan erat dengan keluarga majikan masing-masing sehingga ada yang dianggap seperti ahli keluarga sendiri.

Facebook

Menerusi satu video yang sehingga kini meraih lebih 7,500 perkongsian, sebuah keluarga dilihat sedang membantu menghantar pembantu rumah ke lapangan terbang untuk pulang ke kampung halamannya.

Sebelum masing-masing berpisah dan mengucapkan selamat tinggal, dilihat anak bongsu keluarga majikan ini menangis teresak-esak kerana terlalu sedih. Anak kecil ini nampaknya tidak sanggup untuk berpisah dengan insan yang terlalu rapat dan menjaganya dengan baik selama ini…

Facebook

Tangisan si kecil ini turut membuat pembantu rumah yang mesra dipanggil kakak itu mengalirkan air mata sehingga memaksa si ibu menenangkan kedua-duanya yang sedang berpelukan.

Pasti pembantu rumah ini melayani keluarga majikannya dengan baik sehingga dia tidak boleh ‘dilepaskan’ untuk pulang ke kampung…

Facebook

Anak ini akhirnya terpaksa melepaskan si kakak yang perlu menaiki penerbangannya. Sambil didukung oleh ibu, anak kecil ini akhirnya mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir kepada amah berkenaan. Sungguh menyentuh hati!

Penyebaran video tersebut berjaya mencuri perhatian netizen yang meluahkan betapa mereka berasa sangat terharu melihat peristiwa perpisahan yang menyedihkan buat keluarga ini.

Facebook

“Hubungan yang sangat rapat dengan orang gaji. Bagusnya majikan ini kerana melayan orang gaji seperti keluarga sementara yang lain mempergunakan pembantu masing-masing.”

“Kakak ini mesti telah melayan budak perempuan itu dengan sangat baik. Jika tidak, dia tidak akan merinduinya sebegitu rupa.”

Sumber: World of Buzz, Kucing Talk/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular