Manusia kadang kala memandang ringan tentang aspek keselamatan, lebih-lebih lagi apabila berhampiran dengan binatang liar dan buas. Beberapa tahun lalu, seekor gorila bernama Harambe dibunuh selepas kanak-kanak berumur 4 tahun memasuki kandangnya.

Hal ini menyebabkan orang ramai menyalahkan penjaga zoo tersebut dan ibu bapa yang membenarkan anaknya memasuki kandang berkenaan. Ironinya, manusia tidak mengambil iktibar daripada insiden berkenaan.

Baru-baru ini, seorang wanita melawat zoo di Arizona dan telah melakukan sesuatu yang boleh mengancam nyawanya ataupun haiwan tersebut

Wanita berkenaan mahu berswafoto dengan seekor jaguar dan memutuskan untuk melintasi penghadang dan membahayakan dirinya

Jaguar berkenaan menghampiri dan menerkam lengan wanita cuai itu, menyebabkan mangsa mengalami calar balar yang serius dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan

Selepas kisah ini menjadi tular, orang ramai mula tertanya-tanya tindakan yang akan dilakukan terhadap jaguar berkenaan.

Pihak zoo pula telah mengeluarkan kenyataan mengingatkan orang ramai bahawa penghadang tersebut diletakkan di situ bertujuan untuk menjamin keselamatan pelawat dan meyakinkan bahawa jaguar tersebut tidak akan dibunuh.

Sumber: Bored Panda, @ZooWildlife/Twitter

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular