Percubaan rompakan di mesin ATM di Heyuan, China menjadi tular kerana plot yang tidak dijangka. Seorang wanita bernama Li sedang mendepositkan wang di sebuah bank ICBC apabila rakaman pengawasan menunjukkan seorang lelaki, bersenjata dengan pisau, mendekatinya dari belakang dan menuntut wang, lapor NextShark.

Blagag!|Youtube

Blagag!|Youtube

Selepas Li yang takut menyerahkan CNY2,500 (RM1,520) yang hendak dimasukkan ke dalam ATM, perompak tersebut meminta lebih banyak wang.

Blagag!|Youtube

Perompak tersebut kemudiannya meminta untuk melihat baki akaun bank wanita berkenaan.

Blagag!|Youtube

Mengejutkannya, skrin mesin menunjukkan wanita itu mempunyai baki akaun bank sifar.

Akibat kasihan selepas melihat baki akaun bank wanita tersebut, perompak itu kembalikan wang itu dan berjalan pergi.

Kamera CCTV merakamkan dia tersenyum ketika dia berlalu pergi dari mesin ATM tersebut.

Blagag!|Youtube

Menurut laporan dari Shanghai.ist, walaupun perompak itu mengembalikan semula wang tersebut, dia tetap ditangkap polis dan ditahan.

Blagag!|Youtube

Tonton rakaman CCTV tersebut:

Sumber: NextSharkShanghai.ist

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP VIDEO

Video Popular