Brie Larson berjaya memainkan watak sebagai ‘Captain Marvel’, iaitu adiwira wanita di dalam siri Marvel yang baru sahaja ditayangkan dipawagam. Orang ramai yang telah menyaksikan filem tersebut pasti tidak dapat melupakan Goose, seekor kucing peliharaan Captain Marvel.

Menurut pengarah Captain Marvel, Anna Boden menjelaskan bahawa Goose dinamakan oleh Marvel Cinematic Universe (MCU) bagi menfokuskan kepada masa silam Carol Danvers sewaktu menjadi juruterbang pasa tahun 1980-an, iaitu ketika ‘Top Gun’ ditayangkan.

Di dalam komik, kucing berkenaan dikenali sebagai ‘Chewie’ sempena Chewbacca di dalam siri filem Star Wars.

Watak Goose dimainkan oleh 4 ekor kucing : Reggie, Rizzo, Gonzo, dan Archie. Namun Menurut laporan Mashable SE Asia, wajah Reggie lah yang digunakan untuk sesi pengambaran. Kucing oren jenis tabby ini malah memberi ilham kepada warga Korea Selatan di Twitter untuk memulakan ‘meme’.

Netizen di sana mula menggunakan hashtag “#캡틴마블_우리집구스” – di mana ia bermaksud, “Goose, haiwan peliharaan Captain Marvel”.

Berikut antara hasil kreativiti pemilik kucing

Lucu betul…

Ada juga pemilik haiwan lain yang tidak mahu melepaskan peluang

Malah, netizen turut menyediakan templat bagi mereka yang berminat untuk menyunting gambar haiwan masing-masing

Anda boleh lihat video di bawah jika masih belum puas melihat kecomelan Goose:

Sumber: Says, Marvel Entertainment/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular