Sepasang suami isteri mendapat tuah dan bertukar menjadi jutawan dalam satu malam selepas mengetahui barang peninggalan lama yang dibalut di dalam bungkusan surat khabar dan disimpan di loteng rumah mereka merupakan harta milik seorang Sultan di India.

BNPS

Artifak ini dikhabarkan diambil dari istana milik seorang pemerintah India yang dikenali sebagai Sultan Tipu setelah kerajaannya digulingkan oleh Duke of Wellington pada tahun 1799.

BNPS

BNPS

Khazanah ini termasuklah sepucuk pistol milik Sultan Tipu yang dikenali sebagai Tiger of Mysore dan digunakan sebagai pertahanan terakhir ketika menentang penjajah British.

BNPS

Harta tinggalan Sultan Tipu ini mempunyai corak belang harimau yang unik selain terdapat kesan kerosakan akibat peluru senapang laras yang membunuhnya.

BNPS

Selain pistol, antara harta pusaka yang turut dibawa oleh Mejar Thomas Hart setelah perang Anglo-Mysore tamat adalah empat bilah pedang, perisai, bekas buah pinang serta cincin emas.

BNPS

Harta-harta ini telah diwarisi secara turun-temurun di dalam keluarga Major Thomas dan kini menjadi milik sepasang suami isteri yang menyimpan khazanah itu di loteng rumah mereka yang terletak di Berkshire.

BNPS

Pasangan ini dikatakan langsung tidak menyedari bahawa harta yang disimpan di dalam loteng rumah mereka itu mempunyai nilai yang tidak terhingga!

BNPS

“Ketika pertama kali saya melihat pistol itu, saya hampir pengsan. Ia adalah pertemuan sekali seumur hidup. Pemiliknya merupakan sebuah keluarga biasa yang tinggal di rumah separuh berkembar. Anda tahu penemuan ini seperti kemenangan loteri buat mereka,” kata Anthony Cribb, seorang pelelong.

BNPS

Koleksi harta-harta pusaka ini akan dijual dalam sesi lelongan yang akan diadakan di Hotel Milton House berdekatan Abingdon, Oxfordshire pada 26 Mac ini.

Sumber: Mirror

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh GLOBAL INSPIRASI

Video Popular