Sistem navigasi GPS (Global Positioning System) dijangka mengalami gangguan bulan hadapan disebabkan oleh ketidakstabilan kalendar komputer.

Daily Mail melaporkan seorang pakar keselamatan maklumat mendakwa kesilapan digit kalendar pada sistem GPS akan berlaku pada 6 April ini, kurang sebulan dari sekarang.

Astro Awani / Gambar Hiasan

Naib Presiden Syarikat Keselamatan dan Pertahanan Siber Multinasional Taiwan Trend Micro, Bill Malik ketika bercakap di Persidangan Keselamatan RSA 2019 di San Francisco berkata dia tidak akan menaiki sebarang penerbangan pada 6 April ini.

Menurutnya, malapetaka teknologi itu bakal mengulangi fenomena pepijat milenium Y2K yang heboh diperkatakan menjelang tahun 2000.

Kesilapan berasaskan digit kalendar komputer ini boleh terjadi pada peranti GPS yang masih menggunakan sistem lama.

Fenomena ala Y2K ini berlaku apabila GPS yang menggunakan sistem lama hanya terhad kepada minggu ke-1,024 sebelum kembali kepada kosong, satu fenomena yang berlaku setiap 19.7 tahun.

visualhunt

Bill membandingkan ramalan kesilapan kalendar Y2K yang berlaku pada tahun 1999 dan menyatakan bahawa ia berkemungkinan menjadi lebih buruk kali ini disebabkan pada masa kini lebih banyak sistem yang menggunakan GPS sebagai sistem sokongan dalam operasi mereka.

Bill berkata, “Sistem kren di pelabuhan, contohnya kini menggunakan GPS secara automatik untuk mengalihkan kontena. Malah, sistem keselamatan awam juga menggabungkan sistem GPS, seperti sistem pemantauan lalu lintas di jambatan.”

Tambah beliau, 20 tahun lalu penggunaan GPS ini agak kurang, namun kini banyak syarikat yang bergantung kepada sistem GPS dalam operasi harian.

Pada masa yang sama, kerajaan Amerika juga telah mengeluarkan amaran kepada sektor negeri dan swasta untuk mengemas kini sistem teknologi mereka. Kerajaan Amerika Syarikat dilapor telah menerbitkan memorandum yang dikenali sebagai ‘Event System Rollover Week Weekly Positioning System’ pada April 2018 sebagai amaran kepada pengilang dan firma teknologi swasta di negara itu.

flickr

Namun begitu, Bill berkata walaupun sistem navigasi perkapalan dan kapal terbang diramal terjejas dengan gangguan ini, sistem navigasi di telefon bimbit dijangka “mungkin” tidak terganggu.

Malah, syarikat teknologi British yang mengeluarkan pengulang isyarat GPS untuk kegunaan dalaman iaitu FalTech GPS juga mengeluarkan kenyataan bahawa akan terdapat gangguan penerima GPS atau sistem lain yang menggunakan fungsi tarikh dan waktu.

Syarikat pemasaran kewangan, syarikat penjanaan kuasa, syarikat perkhidmatan kecemasan dan sistem kawalan industri serta rangkaian komunikasi talian tetap dan selular juga mungkin turut terjejas.

Walaupun ramalan itu membimbangkan ramai pihak, syarikat FalTech GPS memberitahu ini bukan kali pertama perkara ini pernah berlaku.

Sumber : Daily Mail, Astro Awani

Maybe you're interested :

Share

Video Popular