Kekurangan fizikal ternyata bukan menjadi satu halangan buat seorang lelaki penghantar makanan GrabFood di Singapura apabila foto dirinya yang sedang bekerja yang dimuat naik pada 8 Mac lalu, menerima perhatian orang ramai.

Foto tersebut dimuat naik menerusi akaun Facebook Reven Teo, merupakan gambar yang di’screenshot’ pada story Instagram.

Gambar itu menunjukkan lelaki berkenaan yang lengkap berpakaian baju GrabFood sambil memegang beg bungkusan makanan GrabFood, dilihat menggunakan kerusi roda sedang menunggu di lampu isyarat.

Reven Teo/Facebook

Gambar yang dimuat naik di ‘story’ Instagram itu lengkap dengan tulisan, “Tiada alasan untuk menjadi malas jika lelaki ini pun masih boleh bekerja keras walaupun mengalami kesukaran.”

Menerusi ruangan komen di Facebook, netizen memuji kesungguhan dan dedikasi lelaki tersebut dalam mencari rezeki walaupun dirinya serba kekurangan.

All Singapore Stuff|Facebook

Ramai juga pengguna Facebook yang memuji tindakan GrabFood kerana memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang kelainan upaya.

Kredit: All Singapore Stuff|Facebook

Insan yang gigih dan rajin seperti lelaki ini seharusnya membakar semangat dan menjadi dorongan untuk kita semua dalam menjalankan tanggungjawab semasa bekerja dengan tekun dan berdedikasi.

Sumber: Says, Reven Teo/FacebookAll Singapore Stuff/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular