Apabila seseorang itu menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab, mereka akan berkata untuk membantu seorang anak ialah sehingga anak ini mampu berdiri di atas kaki sendiri. Akan tetapi, bagaimana sekiranya anak itu dilihat sedang bersusah payah dan bersendirian dalam usahanya berdikari mencari rezeki sendiri?

Bagi seorang ibu yang berasal dari Filipina, dengan melihat sahaja anak perempuannya yang sedang bergelut menghadapi kesukaran di tempat kerja bukan satu pilihan dan bantuan perlu diberikan. Ibu ini tidak sanggup melihat anak perempuannya yang bekerja sebagai pekerja perkhidmatan di sebuah restoran makanan segera menghadapi masa yang sukar lalu membuat keputusan untuk memberikan bantuan.

Jann Matlia Mendoza merupakan seorang pelajar institut pengajian tinggi yang bekerja sambilan sebagai pekerja perkhidmatan di restoran McDonald’s di Navotas, Quezon City di Filipina. Ramai yang tahu bekerja di restoran makanan segera kadang kala agak sukar dan mencabar.

Akan tetapi, seorang pekerja perkhidmatan telah dilatih untuk bekerja di semua bahagian di dalam restoran. Pada suatu hari, ibu Jann, Emelia telah terserempak dengan anak perempuannya yang sedang gigih bekerja dan tidak menang tangan bekerja sendirian membersihkan lobi restoran makanan segera ketika waktu makan yang sibuk.

Kakak Jann, Rubie Lyn telah berkongsi bagaimana pada hari itu dia dan ibunya telah keluar bersiar-siar dan membuat keputusan untuk makan di luar. Jann pernah memberitahu mereka yang dia menghadapi masa yang sukar di tempat kerja, jadi Rubie Lyn dan ibunya, Emelie membuat keputusan untuk makan di restoran itu dan melawat Jann pada masa yang sama.

Tetapi ketika Emelie berada di dalam restoran itu, ibu ini tidak sanggup melihat anaknya Jann bekerja sendirian membersihkan restoran yang sedang sibuk dengan pelanggan yang ramai lalu telah tampil memberikan bantuan sementara Rubie Lyn membuat pesanan dan mencari tempat duduk yang kosong.

Rubie Lyn telah merakamkan gambar ibunya, Emelie membantu Jann membersihkan meja makan dengan pantas supaya beban kerja anak perempuan kesayangannya dapat dikurangkan pada ketika itu. Rubie Lyn telah memuat naik gambar ini dan berkongsinya di media sosial.

Para netizen yang melihat tindakan ibu yang bernama Emelie ini telah memberikan pujian betapa seorang ibu akan memberikan bantuan apa sahaja asalkan anaknya tidak berasa terbeban atau menghadapi masa yang sukar ketika bekerja. Kasih seorang ibu itu sememangnya tidak pernah bersyarat.

Sumber : Elite Readers

Maybe you're interested :

Share

Video Popular