Sejujurnya, pada masa ini, bukanlah satu perkara yang sukar untuk menemui rumah atau bilik yang kecil tetapi cukup praktikal buat penghuni rumah. Lebih-lebih lagi di bandar yang pesat membangun, rumah-rumah yang berkonsep sebegini pasti begitu mudah sekali ditemui.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Sobajima Toshihiro

Lazimnya, pemilik rumah akan mengubah-suai rumah yang baharu dibeli atau rumah yang sememangnya dimiliki mengikut konsep yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat ini.

Begitulah juga halnya dengan wanita ini. Dia mempunyai sebuah lot tanah yang begitu kecil. Walau bagaimanapun, keluasan tanah yang terhad ini ternyata tidak menghalangnya untuk membina sebuah rumah yang selesa buatnya. Dan terhasillah sebuah rumah yang sangat kecil dan comel ini!

Sulit De-senyo/Facebook

Walaupun kiriman Facebook berkenaan rumah ini dimuat naik dalam bahasa Filipina, namun, pengguna Facebook percaya bahawa rumah ini sebenarnya terletak di Vietnam berdasarkan nombor plat motorsikal pemilik rumah itu. Pun begitu, sehingga ke saat ini, masih belum jelas lagi lokasi sebenar rumah ini.

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan penduduk di benua Asia lazimnya tidak mempunyai begitu banyak barang di dalam rumah kesan daripada faktor perpindahan yang seringkali berlaku. Kebanyakan penduduk kampung cenderung untuk berpindah ke bandar-bandar yang lebih maju untuk mencari rezeki dan menambah baik kualiti kehidupan.

Oleh sebab itulah, rumah sebegini boleh wujud kerana barangan rumah yang dimiliki tidak begitu banyak.

Sulit De-senyo/Facebook

Walaupun saiz rumah ini menjadi perhatian, namun, reka bentuk yang dimiliki oleh rumah ini juga tidak kurangnya telah menarik perhatian orang ramai. Rumah ini dibina dengan bentuk segi empat tepat berbanding bentuk segi empat sama yang kebanyakannya dimiliki oleh rumah-rumah lain.

Sulit De-senyo/Facebook

Selain itu, walaupun dari pandangan luar rumah ini kelihatan sempit, namun, sebenarnya bahagian dalaman rumah ini ajaibnya kelihatan agak luas. Bukan itu sahaja, rumah ini juga dibina dengan dua aras lengkap dengan tangga untuk naik ke aras dua. Hebat!

Sulit De-senyo/Facebook

Disebabkan oleh reka bentuk rumah ini yang sangat unik, ramai netizen mempunyai perbezaan pendapat mengenainya. Ada antaranya yang menyatakan bahawa rumah sebegini boleh memberi inspirasi dan ada juga antaranya yang menyatakan bahawa rumah sebegini akan menyusahkan penghuni rumah kerana kekangan ruang yang dihadapi.

Walau apapun pendapatnya, kami tidak dapat menolak hakikat bahawa kami teruja melihat rumah ini!

Sumber: Elite ReadersSulit De-senyo/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular