Seorang penyelam berdepan dengan detik mencemaskan apabila dirinya berada di dalam mulut seekor paus Bryde yang besar, di mana penyelam yang berusia 51 tahun tersebut, Rainer Schimpf, berada di dalam mulut seekor ikan paus sebelum diludah keluar.

Rainer telah mempunyai 5 tahun pengalaman sebagai penyelam kerana dia bekerja sebagai pengendali pelancongan secara menyelam di Afrika Selatan.

Menurutnya, ketika berada di dalam mulut ikan paus tersebut, keadaan adalah sangat gelap dan dia terpaksa menggunakan nalurinya. Untuk pengetahuan anda, ikan paus Bryde boleh mencecah 55 kaki panjang dan berat sehingga 30 tan.

Walaupun sudah lama bekerja sebagai seorang penyelam, Rainer tidak pernah pula berhadapan dengan detik sebegini.

Rainer tidak pernah berhadapan dengan kejadian ini sepanjang kariernya sehinggalah hari itu berlaku….

Barcroft Animals/Youtube

Rainer Schimpf di dalam mulut seekor paus Bryde

Barcroft Animals/Youtube

Rainer dan kumpulannya telah diberi peluang untuk menyaksikan pergerakan kumpulan ikan sardin – di mana ia merupakan acara semula jadi untuk ikan sardin berhijrah ke perairan Timur Afrika Selatan.

Ini juga melibatkan penguin, anjing laut, ikan lumba-lumba, ikan paus dan jerung. Pendek kata, ia seperti pesta makanan kerana terdapat umpan! Maka, mereka tidak mahu mensia-siakan peluang keemasan itu.

Kumpulan penyelam berkenaan mahu merakamkan ekspedisi itu untuk tujuan pendidikan dan alam sekitar. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan, di mana Rainer mengetuai kumpulannya di laut, kira-kira 25 batu nautika daripada pantai. Namun, pada hari itu, ada sesuatu yang tidak kena dan mereka tahu bahawa sesuatu yang pelik bakal berlaku.

“Saya cuba merakamkan ikan jerung yang mengikuti umpannya dan kemudian saya rasakan bahawa keadaan menjadi gelap. Saya juga dapat rasakan tekanan berbeza menyebabkan saya sedari bahawa saya berada di dalam mulut ikan paus. Saya rasakannya pada peha. Di dalam situasi itu, tiada masa untuk berasa takut dan anda perlu menggunakan naluri anda,” katanya pada Barcroft TV.

Insiden mengejutkan itu berlaku pada 16 Februari di Port Elizabeth, Afrika Selatan

Barcroft Animals/Youtube

Menurut rakan Rainer, iaitu jurugambar, Heinz Toperczer, “Ketika Rainer bergerak menghampiri bebola umpan itu, secara tiba-tiba air laut bergerak membuatkan saya yakin akan berlaku sesuatu. Jadi, saya fokus dan bersedia untuk merakamkan Rainer. Secara tiba-tiba, ikan lumba-lumba melompat keluar daripada permukaan air dan terdapat semburan putih. Seekor ikan paus muncul dan menangkap Rainer.”

Heinz dengan pantas merakamkan gambar detik ketika Rainer berada di dalam mulut ikan paus. “Tiada apa yang persediaan yang anda boleh lakukan jika tiba-tiba anda berada di dalam mulut seekor ikan paus – kecuali naluri. Saya menahan nafas kerana saya rasa dia akan menyelam ke dasar laut dan melepaskan saya di laut dalam. Semuanya kelihatan gelap gelita”, jelas Rainer.

Heinz Toperczer – jurugambar dan jurutunjuk antarabangsa

Barcroft Animals/Youtube

Rainer mengandaikan pengakhiran dirinya dalam 2 keadaan, sama ada dia ditelan ataupun ikan paus itu akan menyelam bersamanya. Lazimnya, ikan paus Bryde tidak memakan manusia dan mereka bukanlah ikan yang ganas.

Kemudian, mungkin ikan paus tersebut menyedari kesilapannya lalu menolaknya keluar dalam keadaan yang selamat tanpa sebarang kecederaan. “Setibanya saya di bot, saya tanya Heinz adakah dia dapat merakamkannya kerana saya tahu ia merupakan detik paling berharga,” kata Rainer.

Rainer Schimpf bersama ikan paus itu

Barcroft Animals/Youtube

“Ia seolah-olah memberikan saya ikatan dengan ikan paus yang mungkin tidak pernah berlaku pada orang lain, dan ia juga berlaku dengan pantas,” tambahnya.

Walaupun ia merupakan detik berharga buat Rainer, namun jelas sekali bahawa Rainer tidak mahu mengalaminya lagi. “Ia merupakan pengalaman yang menarik namun sudah tentu saya tidak mahu melakukannya lagi,” akhirinya.

Sumber: MirrorBarcroft Animals/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular