Ahli keluarga etnik Uyghur yang dikatakan telah “hilang” dan mungkin ditahan di rangkaian “pusat vokasional dan pendidikan semula” rejim China yang dibina secara meluas di Xinjiang mula menerima panggilan video “bukti hidup” daripada orang tersayang mereka. Ini telah didedahkan oleh The Epoch Times.

Pada 1 Mac, Tahir Mutallip Qahiri, 38 tahun, mulanya berasa lega apabila menerima panggilan video melalui WeChat daripada bapanya yang berusia 69 tahun, Mutallip Sidiq Qahiri yang merupakan seorang ulama dan profesor Uyghur terkemuka yang tiba-tiba hilang dari rumahnya di Kashgar, Xinjiang Barat pada bulan September tahun lalu.

Tahir telah terputus hubungan dengan bapanya selama lebih 12 bulan sebelum mendapat tahu mengenai kehilangannya. Sebaik sahaja Tahir mendapati bahawa bapanya tidak berada di rumah, dia mula berusaha tanpa henti dan menghubungi pihak berkuasa China bagi mendapatkan maklumat mengenai lokasi sebenar bapanya berada.

Tetapi apabila Mutallip mula menuntut agar Tahir berhenti memperjuangkan pembebasannya, Tahir menyedari bahawa bapanya berkemungkinan besar telah diancam sebelum dia dibenarkan membuat panggilan telefon.

Tahir mempercayai bahawa bapanya telah dipaksa oleh Parti Komunis China untuk menelefonnya dalam apa yang kelihatan sebagai percubaan yang lebih luas untuk mendiamkan atau menghentikan tindakan mereka yang bersuara semasa ditahan serta suara ahli keluarga mereka yang ditahan atau “hilang” di Xinjiang.

Tahir Qahiri/The Epoch Times

Tahir sebelum ini telah mendapat tahu melalui orang hubungannya di jabatan polis bahawa Mutallip telah dihadapkan di Mahkamah Rakyat atas tuduhan membuat propaganda untuk aktiviti pemisah yang menentang kerajaan.

Memandangkan tindakan kekerasan yang dilakukan secara meluas terhadap intelektual dan ilmuwan Uyghur serta pemimpin budaya di Xinjiang, keluarganya mempercayai bahawa Mutallip telah menjadi sasaran kerana pembabitannya dalam menerbitkan 20 buku mengenai etnik Uyghur dan bahasa Arab di sepanjang kerjayanya sebelum beliau bersara pada tahun 2010.

Rakaman video yang menunjukkan secara eksklusif kepada The Epoch Times bahawa Mutallip memberitahu anak lelakinya yang dirakamkan secara sembunyi dalam perbualan 47 minit mereka, untuk melupakan segala perkataan yang mengatakan dia berkeadaan baik dan sejahtera dan meminta Tahir mengucapkan terima kasih kepada Parti Komunis China. Jika tidak, Tahir mungkin akan ditolak atau disangkal.

Tahir Qahiri/The Epoch Times

Tahir berkata dalam temu bualnya melalui telefon di Jerman, “Ayah saya berkata, ‘Dengar sini, ayah mahu kamu menulis semula kepada pihak berkuasa dan memberitahu mereka bahawa semuanya adalah sempurna’ … bahawa ayah telah membuat kesilapan, ayah telah berbohong, atau telah mendengar kata dusta mengenainya sehingga menyebabkan segala kesulitan dan ayah meminta maaf.’ Melihat dia secara fizikal, jelas yang dia sedang mengalami kesulitan. Dia nampak kurus kering. Ayah sangat kurus dan kepalanya dicukur seperti seorang banduan.”

Apabila Tahir bertanya kepada bapanya mengapa dia tidak dihubungi selama 17 bulan, Mutallip berkata kesihatannya telah merosot.

Jelas Tahir, “Ayah berkata dia tidak mahu saya berasa bimbang atau menghalang pengajian saya. Itu adalah alasan yang agak goyah pada dasarnya.”

Tahir Qahiri/The Epoch Times

Walaupun masih berasa bimbang, Tahir berkata bahawa panggilan “bukti hidup” itu adalah sesuatu yang positif memandangkan dia tidak dapat bercakap dengan bapanya semenjak bulan Oktober 2017.

Panggilan video kempen itu menjadi tular di media sosial dan ramai mengikutinya di bawah #MeTooUyghur, di mana beratus-ratus ahli diaspora Uyghur telah menuntut bukti video hayat atau ‘bukti hidup’ anggota keluarga mereka dari Parti Komunis China.

Meningkatkan tindakan kekerasan kepada intelektual Uyghur.

Sekurang-kurangnya 338 intelektual Uyghur telah “diasingkan, dipenjarakan, atau dihilangkan secara paksa” oleh Parti Komunis China sejak bulan April 2017. Demikian yang telah didapati dalam laporan bulan Januari oleh Projek Hak Asasi Manusia Uyghur (UHRP).

Penyelidik kanan UHRP, Henryk Szadziewski berkata kepada The Epoch Times, “Orang-orang ini adalah pemimpin yang menawarkan tumpuan kepada masyarakat Uyghur, dan dengan mensasarkan mereka adalah satu cara yang berkesan bagi mempercepatkan proses asimilatif, disamping ia juga merupakan salah satu cara untuk memecahkan identiti Uyghur pada masa yang sama.”

Mutallip, yang mengajar Kesusasteraan Turki dan Uyghur di Universiti Kashgar dari tahun 1983 hingga 1991, amat terkenal dengan karya 900 halamannya yang berjudul ‘An Onomasticon of the Modern Uighur Language’ yang diterbitkan pada tahun 2010 dan dianggap sebagai naskah pusat bagi Pengajian Uyghur.

Tahir Qahiri/The Epoch Times

Beijing telah melaksanakan kempen selama beberapa dekad untuk menghapuskan bahasa Uyghur secara sistematik dari pertuturan dan kehidupan awam, termasuk penolakan pendidikan bahasa Uyghur dalam kurikulum serantau. Demikian yang telah dilaporkan secara terperinci dalam laporan UHRP.

Menurut tokoh yang dipetik oleh Suruhanjaya Eksekutif Kongres Amerika Syarikat di China dan PBB, sebanyak satu juta etnik Uyghur dan etnik minoriti lain dipercayai ditahan di kem pendidikan semula di China, yang dikatakan oleh Beijing untuk “mendidik dan mengubah” orang-orang ini yang rejim Parti Komunis China anggap sebagai memberi risiko, serta ‘tiga kuasa jahat’ yang mendorong kepada ekstremisme, separatisme, dan keganasan.

Tetapi bukti keterangan menunjukkan bahawa tahanan sedang dieksploitasi sebagai buruh paksa di kem-kem yang menjadi pusat-pusat latihan. Bekas tahanan Uyghur telah memberitahu The Epoch Times bahawa mereka telah melalui penyeksaan, dipaksa untuk mengubah kepercayaan mereka, dan dipaksa untuk memberi kesetiaan kepada Parti Komunis China sementara ramai yang telah ditahan di atas sebab-sebab yang tidak diketahui, dan dibiarkan berada di dalam kem dengan kemudahan yang sesak.

Menurut UHRP, “Ini adalah sebahagian daripada usaha yang diselaraskan untuk melemahkan dan menghapuskan identiti Uyghur yang berbeza dengan secepat mungkin dalam kempen asimilasi yang agresif yang tidak pernah berlaku sebelum ini.”

Diaspora Uyghur pada amaran tertinggi.

Arslan Hidayat, menantu kepada pelawak terkenal Uyghur, Adil Mijit yang telah hilang sejak November tahun lalu, memberitahu The Epoch Times bahawa diaspora Uyghur kini sedang bersedia untuk menerima lebih banyak panggilan video daripada orang yang mereka sayangi.

“Ramai orang akan menerima panggilan video atau video ‘bukti hidup’ dan mesejnya sama, di mana ahli keluarga menyanjung kesetiaan kepada Parti Komunis China, mengatakan bagaimana berani anda pergi ke media dan bercakap tentang keadaan di Xinjiang. Kami tidak mengenali anda, kami menyangkal anda,” kata Aslan dalam satu temuramah telefon dari Istanbul, Turki.

Tahir Qahiri/The Epoch Times

Menurutnya lagi, “Semua orang di diaspora Uyghur sebenarnya sedang berwaspada, kerana mereka mengharapkan panggilan video yang akan dibuat pada bila-bila masa. Saya telah memberitahu adik ipar saya iaitu anak lelaki Adil Mijit untuk memastikan kamera dan telefonnya sentiasa dicas dan bersedia untuk pergi, sekiranya kami menerima panggilan yang sama.”

Tahir percaya panggilan video WeChat yang dilakukan adalah cubaan Beijing untuk mendiamkan dirinya yang lantang bersuara dalam usaha berterusannya menyokong pembebasan bapanya.

Tahir berkata, “Apa yang dirasakan sebagai satu perkara hilang akal ialah apabila saya mempunyai bukti yang jelas bahawa bapa saya boleh dihukum mati kerana aktiviti separatisme dan kini tiba-tiba pula dia boleh pulang ke rumah. Saya fikir sebab mereka memanggil saya adalah untuk meyakinkan saya supaya sila menghentikan sokongan serta tindakan pembelaan ke atas bapa saya.”

Lihat rakaman video di bawah.

Arslan Hidayat / Twitter

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran VIDEO

Video Popular