Penggunaan hashtag untuk melaksanakan cabaran yang tular di internet merupakan antara yang menjadi budaya pop, khususnya melibatkan golongan remaja. Kadang kala, matlamat cabaran ini bukan sahaja untuk mencari keseronokan, bahkan demi menyelamatkan planet.

Tahukah anda bahawa sebanyak 1.3 bilion tan sisa buangan pepejal dibuang dalam tempoh setahun, dan hanya 258-368 juta tan sahaja akan ditempatkan di 50 buah tapak pembuangan sampah, selebihnya dibuang di lautan.

Walaupun ia seolah-olah seperti tidak menjejaskan anda secara langsung, pengurusan sisa yang tidak betul boleh mengakibatkan kesan yang boleh mengancam jiwa.

Hal ini menyebabkan orang ramai sudah mula sedar lalu memberi idea kepada mereka untuk melakukan sesuatu sebelum semuanya terlambat.

Seperti mereka ini yang berkongsi gambar cabaran #trashtag bagi memulihara dan memelihara alam sekitar:

#1.

getyerfix

Inilah sumbangan saya kepada #trashtag. Saya bersama keluarga membersihkan pantai ini dan kami berkhemah berhampiran pada sepanjang musim panas.

#2.

kelllvvviiinnn

Nampaknya #trashtag sudah menjadi trend. Lelaki ini dari Nepal.

#3.

alex_lavigne

#trashtag Manila Bay telah dianggap sebagai salah satu tempat yang paling kotor di dunia. Selepas 11 tahun, Mahkamah Agung akhirnya mengeluarkan perintah pembersihan yang melibatkan beribu-ribu sukarelawan menyertainya pada 27 Januari lepas.

#4. 

phattvdev

#trashtag dari Vietnam, anak-anak muda berkumpul secara sukarela untuk membersihkan alam sekitar dan meningkatkan kesedaran orang ramai

#5.

rcc_pipes

Sekitar 500 sukarelawan membantu pembersihan sampah sebanyak 5 juta kg dari pantai Mumbai ini.

#6.

Baxxo25

Ini harus menjadi cabaran baru untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik.

#7.

buttsaginton10

3 wanita membersihkan kawasan ini bersama-sama.

#8. 

v0y4ge

Mengambil masa selama beberapa hari, tetapi akhirnya selesai!!

#9. 

ger__mann

Komuniti di bandar kediaman saya, Mexico berkumpul untuk membersihkan sampah.

#10.

anksla007

Pagi Ahad diluangkan oleh 10 orang dalam membersihkan kawasan ini.

Sumber: Bored Panda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular