Ramai orang yang bercadang mahu menurunkan berat badan tetapi hasilnya kadang-kala seperti tidak menjadi. Mengapakah hal sebegini berlaku?

Tahukah anda, pemilihan makanan yang betul dan sesuai dengan keperluan diri adalah salah satu rahsia utama bagi anda yang ingin menjalani hidup sihat dan menurunkan berat badan. Lazimnya, dalam jadual pemakanan bagi orang yang ingin menurunkan berat badan, roti menjadi salah satu makanan yang menjadi keutamaan.

 

Gambar sekadar hiasan/Spoon University

Walau bagaimanapun, dengan kepelbagaian jenis dan pilihan roti yang terdapat di pasaran, anda perlu bijak memilih roti yang sesuai dengan keperluan diri anda sendiri. Hal ini adalah kerana, tidak semua roti boleh menyalurkan sumber khasiat yang sama kerana kandungan Indeks Glisemik (Glycemic Index) yang terkandung di dalam roti.

Dr Malinda/Facebook

Indeks Glisemik adalah ukuran relatif bagi sesuatu makanan yang mengandungi karbohidrat yang boleh memberi kesan kepada tahap gula dalam darah. Dengan merujuk kepada nilai Indeks Glisemik (GI Value) yang dipaparkan pada plastik roti, pengguna boleh mengetahui bahawa semakin tinggi nilai Indeks Glisemik bermakna semakin pantas makanan tersebut diproses dalam badan dan tahap gula dalam darah pula cenderung untuk meningkat dengan cepat.

Dr Malinda/Facebook

Secara umumnya, makanan yang manis dan makanan yang telah diproses lazimnya mempunyai nilai Indeks Glisemik yang tinggi dan perlu dielakkan jika keperluan anda tertumpu pada penurunan berat badan dan pengawalan tahap gula dalam darah.

Walau bagaimanapun, sentiasa ingat bahawa tidak semua makanan yang manis mempunyai nilai Indeks Glisemik yang rendah. Oleh itu, pengguna perlu sentiasa berhati-hati dengan jenis makanan dan nilai Indeks Glisemik makanan yang diambil.

Dr Malinda/Facebook

Indeks Glisemik secara amnya dikelaskan dalam 3 kumpulan dengan skala bermula 1 hingga 100.

Indeks Glisemik tinggi : 70 – 100

Indeks Glisemik sederhana : 56 – 69

Indeks Glisemik rendah : 0 – 55

Dr Malinda/Facebook

Jadi, ketika sedang memilih makanan, adalah lebih baik untuk mengambil makanan yang mempunyai nilai Indeks Glisemik yang rendah atau sekurang-kurangnya, Indeks Glisemik dalam kategori sederhana.

Semoga dengan perkongsian ini, anda mendapat pencerahan tentang keberkesanan pemilihan makanan yang bersuaian dengan diri anda. Selamat mencuba!

Sumber: Dr Malinda/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular