Seorang wanita dari wilayah Heilongjiang di China telah dimasukkan ke hospital akibat mengalami keretakan tulang pada bahagian bawah belakang akibat terlalu kerap memakan hidangan suaminya yang suka memasak daging sejak dua tahun yang lalu.

Menurut Sin Chew Daily, wanita ini yang berusia dalam lingkungan 20-an mengalami gelinciran cakera atau ‘slipped disc’ pada tulang bahagian bawah belakang.

Wanita ini telah dikejarkan ke hospital untuk menjalani rawatan pada bahagian tulang belakangnya itu, dan kini perlu memakai pelindung pinggang bagi menahan kesakitannya.

Sin Chew Daily

Dia kemudian mendedahkan kecederaan pada bahagian bawah belakang itu mungkin berpunca daripada ‘kehebatan’ suaminya yang gemar memasak pelbagai hidangan yang lazat untuknya di dapur.

Katanya, “Suami saya gemar memasak dan hidangannya sangat sedap. Dan dia hanya memasak hidangan daging yang lazat selama dua tahun ini.”

Tambahnya lagi, “Sebelum berkahwin dengan suami, berat saya sekitar 60 hingga 65 kilogram, tetapi saya telah menambah berat badan sebanyak 40 kilogram dalam masa 2 tahun. Saya bertambah gemuk dengan berat 100 kilogram.”

Pear Video

Sementara itu, suami wanita ini hanya menambah berat badan sebanyak 5 kilogram sejak 2 tahun yang lalu. Kata wanita ini, “Tinggi suami saya ialah 1.9 meter tetapi beratnya hanya 75 kilogram.”

Wanita ini juga tidak bersenam. Katanya, “Biasanya saya akan pergi bekerja dengan dihantar dan diambil oleh suami saya dari pejabat.”

Akibat berat badan yang semakin bertambah dari hari demi hari dan dia bekerja dengan hanya duduk sepanjang hari, akhirnya wanita ini tidak lagi dapat berjalan dengan baik kerana kakinya akan sakit jika berjalan dengan kerap.

Tambahnya, “Saya tidak dapat duduk dengan menegakkan postur belakang yang betul. Saya juga perlu duduk mengcangkung dan berehat sebentar dalam setiap tiga hingga lima langkah yang saya ambil.”

Pear Video

Kerana tahu dia sedang mengalami masalah kesihatan akibat berat badan yang berlebihan, wanita ini pernah mengatakan niat dan percubaannya untuk menurunkan berat badan.

Dan katanya, “Tetapi setiap kali saya berkata kepada suami yang saya mahu menurunkan berat badan, dia akan memasak lebih banyak hidangan yang sedap-sedap untuk saya.”

Sumber : SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular