Semasa zaman persekolahan, salah satu perkara yang paling menakutkan selain daripada berhadapan dengan guru disiplin adalah mendedahkan keputusan peperiksaan kepada ibu bapa.

Pasti ramai yang mempunyai pengalaman seperti dimarahi atau dihukum kerana tidak berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Inilah yang terjadi kepada budak lelaki ini apabila markah peperiksaannya diketahui oleh si ibu.

Menurut laporan Daily Mail Online, kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu telah ditinggalkan sendirian di tepi jalan setelah dipukul oleh ibunya kerana gagal mencapai markah 95 dalam ujian.

Pear Video

Kejadian yang mengejutkan ini dilaporkan berlaku di Luoyang, wilayah Henan di China pada 22 Februari yang lalu. Dalam insiden tersebut, orang ramai yang lalu lalang di kawasan tersebut dikhabarkan tergamam melihat tindakan seorang ibu yang hilang sabar dan memukul anaknya di kawasan umum.

Pihak polis segera dimaklumkan mengenai kejadian itu dan meredakan situasi berkenaan. Menurut wakil jurucakap polis, punca mengapa si ibu memukul anaknya itu adalah disebabkan anaknya hanya berjaya mendapatkan keputusan 81% dalam ujian.

Ibu ini mengharapkan anaknya untuk memperoleh sekurang-kurangnya 95% di dalam peperiksaan itu sekali gus menyebabkan dia berasa amat berang.

Pear Video

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh Pear Video, dapat dilihat beberapa orang pegawai polis bertanya kepada kanak-kanak itu sama ada individu yang memukulnya adalah ibu kandungnya sendiri.

Kanak-kanak bernama Yang ini mengangguk dan berkata, “Saya tidak berjaya catat keputusan baik dalam ujian.”

Pihak polis kemudiannya menghubungi si ibu dan ini merupakan kata-kata ibu tersebut:

“Saya tidak mahu budak itu lagi. Awak boleh buat apa sahaja yang awak mahu dengannya. Awak boleh saman saya.”

Kenyataan wanita itu membuatkan anggota polis berkenaan terkejut dan tidak mempercayai kata-kata itu keluar daripada mulut seorang ibu.

“Awak seorang ibu yang tidak bertanggungjawab. Awak sepatutnya bersabar dan berikan nasihat yang baik jika anak melakukan kesalahan. Bukannya meninggalkannya di tepi jalan,”bidas anggota polis itu.

Kanak-kanak ini kemudian dibawa ke balai polis sebelum dijemput oleh bapa saudaranya. Kasihan…

Sumber: Daily Mail, Pear Video

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular