Pada tahun 2011, Joao Pereira de Souza, yang berusia 73 tahun, telah menemui seekor penguin di pantai.

Lelaki itu kemudian segera membawanya pulang ke rumah bagi memberi rawatan agar penguin itu sihat semula.

Namun, Joao tidak pula menyangka bahawa dia bakal memulakan ikatan baru yang begitu bermakna dengan penguin berkenaan.

Ketika dijumpai, penguin tersebut dalam keadaan yang sangat lemah, selain berlumuran dengan minyak hitam pada badannya. Joao mengambil masa selama seminggu untuk membersihkan minyak itu daripada bulu penguin berkenaan. Kasihan sungguh! Setelah penguin itu kembali pulih, Joao membebaskannya kembali ke laut.

Walau bagaimanapun, penguin tersebut pulang ke pantai yang sama pada tahun berikutnya untuk pulang ke rumah Joao

Semenjak daripada itu, penguin bekenaan tidak pernah gagal untuk pulang setiap tahun dan berenang sejauh 5000 batu untuk bertemu penyelamatnya

Penguin jenis Magellanic Selatan Amerika itu diberi nama Dindim oleh Joao akan menghabiskan masa selama 8 bulan dengan Joao sebelum pulang semula ke perairan Argentina dan Chile untuk musim pembiakan

Menerusi program temu bual, Globob TV, Joao berkata, “Saya sayangkannya seperti anak sendiri dan saya percaya dia juga sayangkan saya”

“Tiada seorang pun yang boleh menyentuh Dindim, dia mematuknya jika ada orang lain yang mahu berbuat demikian. Dia akan baring di atas peha saya, membenarkan saya memandikannya, membenarkan saya memberinya makan sardin dan hanya saya yang boleh mengangkatnya.”

Diet harian Dindim terdiri daripada ikan seperti sardin yang dipercayai mampu memberikannya kekuatan tenaga yang diperlukan.

Dindim lazimnya akan pulang ke pulau lokasi Joao menetap pada setiap bulan Jun dan meninggalkan rumah Joao pada bulan Februari.

Setiap kali Dindim ternampak Joao, dia akan menggerakkan ekornya mengeluarkan bunyi seakan gembira bertemu dengan Joao

Ahli biologi, Joao Paulo Krajewski, juga kagum dengan ikatan erat antara mereka. Dia juga percaya bahawa Dindim menganggap bahawa Joao merupakan ahli keluarganya, tingkah laku Dindim berkenaan juga konsisten dengan tingkah lakunya ketika bersama penguin yang lain.

Dalam erti kata lain, pakar berkenaan menjelaskan bahawa mungkin Dindim menganggap Joao juga merupakan seekor penguin sepertinya!


The Dodo/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular