JEDDAH – Sebuah pesawat Arab Saudi yang sedang membuat perjalanan dari Jeddah menuju ke Kuala Lumpur dilaporkan terpaksa berpatah balik gara-gara seorang penumpang wanita tertinggal anaknya di lapangan terbang.

Sinar Harian melaporkan bahawa juruterbang pesawat Saudi Airlines SV832 telah memohon kebenaran daripada pusat kawalan trafik udara bagi melakukan perjalanan patah balik ke Jeddah selepas seorang penumpang memaklumkan dia telah meninggalkan anaknya tanpa sengaja di terminal.

Gulf News

Menerusi satu rakaman audio, kedengaran juruterbang berkenaan telah menceritakan kepada kakitangan menara kawalan mengenai situasi getir di mana seorang penumpang enggan meneruskan perjalanan sekiranya penerbangan itu tidak berpatah semula untuk mengambil anaknya.

Setelah mendapat kebenaran, juruterbang telah mengemudi pesawat kembali ke Jeddah dan insiden ini telah mengakibatkan berlakunya kelewatan sekitar 54 minit dari waktu penerbangan sepatutnya tiba di destinasi.

Bagaimanapun, media melaporkan bahawa bayi yang tertinggal itu selamat bersama kakak kepada penumpang berkenaan yang terlewat tiba di Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz gara-gara menaiki bas yang salah.

Arab News

Sementara itu, orang ramai turut memuji tindakan juruterbang pesawat berkenaan kerana sanggup berpatah balik ke lapangan terbang setelah berlepas bagi membantu menenangkan wanita terbabit. Situasi yang dianggap sebagai ‘kes kecemasan’ ini ternyata merupakan pengalaman yang baru dan tidak pernah dialami oleh kesemua kru penerbangan.

Sumber: Gulf NewsIndependentSinar Harian

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh GLOBAL INSPIRASI

Video Popular