Membeli-belah dalam talian memang cukup memudahkan, segala-galanya hanya dilakukan melalui hujung jari.

Anda hanya perlu memilih barang yang hendak dibeli, membuat bayaran dan menunggu ketibaan barang yang dibeli tersebut di muka pintu.

Tanpa perlu bersusah payah beratur panjang atau mencari ruang meletakkan kenderaan, kita boleh mendapatkan barang yang diidamkan melalui pembelian dalam talian. Walau bagaimanapun, sudah tentu ada risiko yang perlu diambil kira untuk menikmati kemudahan ini.

Mashable

Antaranya ialah, jika berbelanja dalam talian, anda tidak dapat menyentuh, menghidu atau mengukur saiz sebenar barang yang dibeli itu secara fizikal berbanding jika anda membeli secara terus di kedai. Hal ini akan menyebabkan salah faham lebih mudah terjadi lebih-lebih lagi jika berurusan dengan syarikat yang tidak bertanggungjawab dari negara-negara yang kurang menguatkuasakan undang-undang.

Selain itu, risiko yang mungkin berlaku dalam tempoh menunggu. Mungkin barang yang dibeli tersebut tiba lebih lewat daripada yang dijadualkan kerana tergendala di bahagian kastam semasa proses clearance.

Berikut adalah antara netizen yang menyesal membeli barangan dalam talian kerana lain yang dibeli, lain yang diterima.

1. Lencana ini saya beli dari Amazon. Perkataan ‘believe’ menjadi ‘leave’, memberikan maksud yang berbeza.

Chsrmsy

2. “Kawan saya membeli costume seperti yang diiklankan dalam talian (sebelah kiri), tetapi apabila barang sampai, costume tersebut sangat berbeza dan saya tidak dapat menahan ketawa!”

llewellyns

3. “Datuk saya membeli belon patung Santa dalam talian dan penjual tersilap dengan memberikan saiz yang salah.”

popesmokesdopee

4. “Saya mungkin tersalah pilih saiz, tetapi saya yakin penjual tersalah hantar!”

MrDylanEvans

5. Sebuah rumah tumpangan mengiklankan perkhidmatan yang mereka tawarkan termasuklah kolam yang kelihatan begitu cantik dan mengujakan, tetapi hakikatnya sungguh mengecewakan!

robot_accomplice

6. “Saya berharap skirt yang akan diterima nanti seperti ekor ikan duyung tetapi saya tidak menyangka skirt tersebut akan kelihatan seperti ini…”

Roses88

7. “Saya berharap kerusi yang akan sampai nanti sama seperti yang diiklankan tetapi apa yang saya dapat hanyalah dua biji bantal. Geramnya!”

naygul

8. “Saya telah membayar RM550 untuk kek yang diidamkan. Apabila kek sampai ia sangat comot dan teruk sekali. Peniaga pula tidak mahu mengembalikan wang saya. Saya berasa sungguh sedih dan kecewa.”