Seorang lelaki Greek menyatakan bahawa dia mungkin menjadi penumpang ke-150 dalam pesawat Boeing Ethiopia Airlines yang terhempas baru-baru ini dan membunuh semua penumpang serta anak kapal, tetapi syukurlah kerana terlewat dua minit tiba untuk penerbangan, dia terselamat daripada nahas itu.

Rappler

“Saya marah kerana tiada siapa yang membantu saya untuk tiba ke pintu gerbang tepat pada waktunya,” kata Antonis Mavropoulos dalam kiriman Facebooknya yang bertajuk “Hari bertuah saya” di mana dia memuat naik gambar tiketnya.

Mavropoulos, presiden Persatuan Sisa Pepejal Antarabangsa, sebuah pertubuhan tidak berkeuntungan, telah pergi ke Nairobi untuk menghadiri majlis tahunan Program Alam Sekitar PBB, menurut Agensi Berita Athens.

Mavropoulos sepatutnya menaiki pesawat berkenaan tetapi dia tiba di pintu berlepas hanya dua minit selepas pintu ditutup.

Mavropoulos kemudiannya menempah penerbangan yang seterusnya tetapi dihalang daripada berlepas oleh kakitangan lapangan terbang.

“Mereka membawa saya ke balai polis di lapangan terbang. Pegawai itu memberitahu saya supaya tidak membantah tetapi berdoa kepada Tuhan kerana saya satu-satunya penumpang yang tidak menaiki penerbangan ET 302 yang hilang,” kata Mavropoulos dalam kirimannya yang mengakui bahawa dia masih terkejut.

Antonis Mavropoulos/Facebook

Pihak berkuasa lapangan terbang menjelaskan bahawa mereka ingin mengajukan beberapa soalan kepadanya kerana dia adalah satu-satunya penumpang yang ditempah ke penerbangan itu tetapi ditakdirkan tidak berada di atas kapal.

“Mereka berkata mereka tidak boleh membiarkan saya pergi sebelum memeriksa identiti saya, kerana saya tidak menaiki pesawat itu dan sebagainya.”

Terdahulu, pesawat Boeing 737 terhempas beberapa minit selepas berlepas pada pagi Ahad lepas dari Addis Ababa.

Dilaporkan terdapat lebih daripada 30 warganegara terlibat dalam nahas berkenaan termasuk beberapa orang pekerja PBB.

Sumber: RapplerAntonis Mavropoulos/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular